Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Starbucks Malaysia Datang Dengan Minuman Yang Baru & Cenderahati Cheery Blossom

Starbucks Malaysia Datang Dengan Minuman Yang Baru & Cenderahati Cheery Blossom

Kategori: ,

Saat-saat yang dinanti telah tiba. Memandangkan sekarang adalah musim bunga jadi Starbucks ada melancarkan minuman baru berserta cenderahati botol bunga ceri. Jadi sesuai untuk para fotogenik, yang sukakan gambar yang menarik.

Kalau sebelum ni upload gambar dalam instagram dengan air starbucks je apakata kali ni upload gambar dengan cenderahati sekali. Mesti nampak wow!

Minuman Baru Sempena Musim Bunga

Anda kena cuba ni, bila lagi nak rasa minuman bermusim macam ni. Antara minuman yang membuat meleleh air liur adalah Lemon Meringue Latee. Dengan lapisan lemon manis dekat atas, ditambah pula krim yang nampak menggoda memang memikat hati.

 

Ada satu berita baik lagi, kalau anda beli minuman panas Grande anda akan dapat 160z Sakura Tumbler  dengan harga RM62 dan  minuman Grande iced / Frappuccino, anda akan dapat botol air 250z dengan harga RM58. Tapi menyedihkan sebab promosi ni hanya tersedia di stesen LRT dan Sunway Lagoon sahaja. Yang tinggal kat tempat lain tu, bertabah lah ye.

Jadi nak pilih yang mana satu ni? Lemon Meringue Latee ke Hazelnut Cold Foam Espresso Es atau Kopi Jelly? Kek baru pun ada juga antaranya Chocolate Tuxedo Truffle atau Starbucks Very Berry Slice. Jadi terpulang kepada anda nak pilih yang mana satu, yang pasti semuanya nampak menarik. Sebelum terlupa, promosi ni sah mulai 25 feb 2020 sehingga 13th April 2020 sahaja.

 

Sumber : KL Foodie

tags: |