Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » 10 Kafe Retro Di Petaling Street Bakal Membawa Anda Ke Zaman Silam

10 Kafe Retro Di Petaling Street Bakal Membawa Anda Ke Zaman Silam

Kategori: ,

Sejak beberapa dekad yang lalu, Petaling Street telah dikenali sebagai tempat yang meriah dan dipenuhi dengan gerai jualan. walaupun keaadannya mungkin tidak lagi sama seperti dulu tapi mungkin tempat disana  ada yang istimewa di hati anda. Kalau anda sudah lama tidak ke sana, pergilah sekarang kerana terdapat banyak kafe yang menarik. Dan pasti suasana di kafe tersebut membuatkan anda teruja dan jatuh cinta.

1. VINTAGE 1988

Terdapat banyak benda yang menarik di Vintage 1988. Bukan hanya sebuah kafe, tetapi ianya sebuah kedai aksesori yang mempunyai pelbagai koleksi pesona vintaj. Sekiranya anda seorang yang suka akan barangan lama dan mengambil gambar  yang cantik dan bergaya, kafe ini amatlah sesuai.

Lokasi :  34, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan : 9:00 AM – 11:00 PM

2.LUCKIN KOPI

Beroperasi di bangunan yang berusia 150 tahun di Petaling Street, Luckin Kopi telah menjadi tempat gram kerana suasananya yang unik dan moden. Luckin Kopi menyediakan menu tempatan yang dimasak dengan sempurna. Apabila selesai menjamu selera, anda boleh mengambil gambar di bahagian-bahagian menarik yang ada di kafe ini.

Lokasi :  14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan :  7:00 AM – 9:00 PM (daily)

3.MERCHANT LANE

Kedai ini terletak di Chinatown. Umum mengetahui bahawa Chinatown sangat sibuk tetapi Merchant’s Lane ini menggambarkan suasana yang tenang dan damai dari hiruk pikuk bandar. Bahagian dalam kafe ini pasti menarik ramai orang dengan dekorasi dan pemandangan hijau yang tenang. Dengan adanya dinding konkrit dan buaian rotan, membuatkan kafe ini sangat sesuai sebagai tempat untuk release tension dan mengambil gambar . Menu utama disini ialah teh dan kopi buatan tangan serta  makanan brunches dan dessert.

Lokasi :  150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan :  11:30 AM – 9:30 PM (Weekdays); 9:30 AM – 9:30 PM (Weekends); Closed on Wednesday

 

4.MINGLE CAFE

Mingle Cafe akan membawa anda ke masa lalu. Bahagian dalamnya yang dipenuhi dengan perabot klasik memang betul-betul membawa anda kepada zaman lampau. Tidak termasuk lagi dengan hidangan makanan yang  klasik seperti Buttermilk Chicken Chop, Creamy Bacon Pasta dan Big Breakfast.

Lokasi : 55, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan :  7:30 AM – 10:00 PM (Sun-Thurs); 7:30 AM – 11:00 PM (Fri-Sat)

5.HOW KOW HAINANESE KOPITIAM

Hainanese Kopitiam berasal dari Lorong Panggung dan sudah terkenal lebih dari 6 dekad. Kafe ini juga tetap mengekalkan ciri-ciri masa lalu walaupun suasananya seperti kafe biasa. Menu makanan disini berbeza dari kafe lain kerana mempunyai menu melayu tempatan seperti nasi lemak dan roti mentega yang mana pasti membuatkan anda jatuh cinta dengan tempat ini.

Lokasi : 1, Jalan Balai Polis, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan : 7:30 AM – 3:30 PM (Closed on Monday)

 

6. JAO TIM

Jao Tim yang membawa maksud ‘hotel’ di Kantonis. Terletak di tingkat atas di deretan kedai penjajah pra perang. Premis ini juga digunakan sebagai hotel pada awal abad ke-19. Kafe ini dilengkapi dengan dinding bata dan siling yang tinggi persis zaman penjajah yang mungkin tidak pernah berubah sejak dulu lagi. Jika anda suka akan Kota London yang lama, anda pasti akan jatuh cinta dengan Jao Tim ini juga.

Lokasi : 61, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan :  11:00 AM – 7:00 PM (Sun-Thurs); 11:00 AM – 9:00 PM (Fri-Sat); Closed on Monday

 

7. LIM KEE CAFE

Terletak di tingkat bawah Hotel Tian Jing. Lim Kee Cafe ini bakal menghalang laluan anda dengan pintu masuk yang elegan dan kerusi rotan lama. Kafe ini persis suasana ketika anda memasukki sekolah lama, dalam masa yang sama mengingatkan anda tentang Kopitiam Cina zaman dahulu. Beralih kepada makanan pula, makanan disini lebih kepada sarapan tempatan seperti kek, kek ais krim dan kopi tetapi masih mampu memuaskan keinginan anda.

Lokasi :  66-68, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan :  9:30 AM – 6:00 PM (daily)

8.LOKL COFFEE CO

Terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur, tempat ini amat sesuai bagi anda yang suka kan kecantikan embel. Dengan hiasan yang ringkas dan suasana yang tenang, kafe lama ini membawa anda jauh dari suasana bandar. Bila anda memesan makanan yang enak dan kopi kemudian menikmati suasana di sana, rasanya seperti anda berada di rumah.

Lokasi :  30, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan :  8:00 AM – 5:00 PM

9.BUBBLE BEE CAFE

Satu lagi tempat yang damai dari hiruk pikuk kota iaitu Bubble Bee Cafe. Selain dari hiasan yang cantik, kafe ini juga menyediakan hidangan tengah hari, bungkus, pencuci mulut dan kopi sepanjang hari. Jika anda sukakan makanan yang manis, jangan lupa untuk mencuba wafel telur dan topping yang menarik. Pasti memikat selera anda!

Lokasi :  139, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan : 9:00 AM – 6:00 PM

 

10. CHOCHA FOODSTORE

Chocha Foodstore adalah satu lagi kafe yang terkenal di Chinatown yang memaparkan suasana warisan desa untuk makan siang atau minum petang. Dengan dinding bata yang  terbakar,  cahaya vintaj yang lengkap dan jubin lantai retro, setiap sudut umpama berada di zaman nostalgia . Di samping itu, kafe ini juga mempunyai tempat yang sesuai untuk anda mengambil gambar.

Lokasi : No 156, Petaling Street, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan : 11:00 AM – 11:00 PM (Sun-Thurs); 11:00 AM – 12:00 AM (Fri-Sat); Closed on Monday

 

Sumber rujukan :  KL Foodie

 

 

tags: |