Setiap kali raya mesti pening nak fikir nak jamu apa untuk tetamu kan?
Raya puasa hanya sekali setahun, jadi apa salahnya kalau hidangkan makanan yang sedap-sedap untuk para tetamu.
Menjamu orang makan pun dapat pahala tau, hehe.
Tetapi, kadang-kadang tu sampai 5 rumah hidang menu yang sama, balik-balik sate, nasi minyak, lontong, soto dan lain-lain yang sudah menjadi kebiasaan.
Jadi disini saya kongsikan 10 idea hidangan rumah terbuka lain dari yang lain yang pasti menyelerakan.
Menu paling ‘rare’ ni. Paling jarang dibuat orang.
Pasti tetamu sangat suka, terutama yang bekerja di bandar, pulang beraya di kampung. Pasti mereka jarang-jarang dapat merasa masakan kampung ni.
Ni pun jarang dibuat orang pada rumah terbuka.
Sesuai dijadikan sebagai hidangan sampingan.
Sedapnya, jarang-jarang dapat ni.
Tetamu pasti suka!
Asyik masak laksa biasa sahaja apa kata untuk open house kali ini, anda masak pula laksa siam. Berbeza dari segi tekstur dan rasanya, laksa siam ini lebih lemak dan pekat berbanding laksa biasa.
Pastinya tetamu yang hadir ke rumah akan menyukai juadah unik yang anda sediakan ini.
Aiskrim biasanya di majlis kawin je orang buat, tapi kali ni kita buat untuk rumah terbuka pula.
Bukan budak-budak je ni yang serbu, mak bapak budak pun serbu jugak!
Kegemaran ramai ni sate ikan @ lokcing.
Colek buah sebagai pencuci mulut.
Yang ini memang padu! Sebalang terus air, tuan rumah pun tak payah susah-susah nak menambah dah.
Sesuai untuk tuan rumah yang mana setiap kali rumah terbuka macam kenduri~
Boleh fokus layan tetamu.