Happy Monday ! Seperti kebiasaanya, setiap kali awal bulan, Mcdonald’s pasti memberi berita gembira dengan perkara-perkara baru antaranya ialah mereka baru sahaja memperkenalkan pai baru berperisa Blueberry Cream Cheese. Yang mana pasti lazat dan menyelerakan. Dalam masa yang sama Blueberry Sundae juga mereka keluarkan kembali setelah sekian lama menyepi.
Baru minggu lepas, McDonald’s keluarkan dua menu burger yang baru dan pada 29 Feb pula ada one day special promo. Kedua-duanya mendapat sambutan hangat. McDonald’s memang terbaik kerana mereka tahu apa yang pelanggan mahukan. Dengan adanya menu baru setiap masa, pasti tidak membosankan pelanggan dan dalam masa yang sama dapat menarik lebih ramai orang untuk menikmati hidangan dari McDonald’s.
Pasti ramai yang akan teruja apabila menyedari yang McDonald’s telah melancarkan perisa baru untuk pai mereka iaitu berries-inspired. Mungkin juga bulan ini adalah bulan blueberries kerana semuanya menggunakan buah ungu tersebut, dari Blueberry Cream Pie sehingga ke Blueberry Sundae dan McFlurry.
Rasa manis Blueberry Cream Pie yang disertakan bersama krim keju pasti melengkapkan selera anda. Manakala Blueberry Desserts yang ringan, iaitu vanilla ais krim dan blueberi yang dihancurkan. Dihiasi pula dengan serbuk coklat bersama-sama blueberi pasti wow!
McDip juga kembali dengan perisa baru iaitu Matcha, Choco dan Caramel Dip yang menambahkan kemanisan dalam setiap jilatan Sundae Kon anda. Luar biasa kan? Jadi cepat-cepat dapatkan di cawangan McDonald’s di seluruh negeri sekarang!
Sumber rujukan : KL Foodie