Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » 20 Kedai Makan Terbaik Di Kelantan 2020, Nombor 7 Paling Epik

20 Kedai Makan Terbaik Di Kelantan 2020, Nombor 7 Paling Epik

Kategori: ,
Kedai Makan Terbaik Di Kelantan

Terdapat banyak kedai makan terbaik Di Kelantan yang menyediakan makanan yang sedap-sedap dan sering popular dalam kalangan penduduk luar dan penduduk setempat. Antara kedai atau tempat yang sering terkenal sehingga menjadi bualan hangat adalah seperti berikut.

1. Nasi Ulam Cikgu

Terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu, kedai nasi ulam cikgu ini sangat istimewa kerana berkonsepkan ulam-ulaman. Bukan ulam-ulaman biasa bahkan ulam-ulaman yang segar dan banyak. Pasti anda akan terkejut jika pertama kali datang ke restoran ini kerana kepelbagaian ulam di restoran ini.

Hidangan yang wajib adalah budu tetapi ia bukan budu biasa yang dapat di dalam botol. Malahan ia adalah budu segar yang pihak restoran dapatkan di kampung berdekatan. Budu tersebut sedikit pekat dan rasa budunya memang kaw!

Alamat: Restoran Nasi Ulam Cikgu Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Perniagaan : Buka setiap hari kecuali hari jumaat (10.30AM – 5.00PM)

Sumber rujukan : Tempatmenarik.my

2. Kafe Hostel Pantai

Menyediakan makanan Thailand. Dengan kepelbagaian jenis menu yang menarik memang menarik ramai pelanggan.

Cafe Hostel Pantai ini sentiasa dikunjungi oleh orang kelantan dan juga luar kelantan. Artis Malaysia juga ramai yang pernah datang ke sini.

Antara hidangan yang istimewa di sini ialah Daging Harimau Menangis. Bila makan bukan harimau je boleh menangis , manusia juga turut menangis disebabkan dagingnya yang juicy. Dimakan pula bersama-sama sos yang sedikit pedas pasti menangis.

Alamat :  Kampung Padang Pasir Luas, 15350 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Perniagaan : Setiap hari kecuali hari selasa ( 3.30 pm – 12.00 am)

3. Din Raja Air Nyiur

Berdasarkan nama, pasti anda dapat mengagak menu istimewa di sini. Jika di Melaka terkenal dengan Coconut Shake Klebang, di sini ada air kelapa istimewa Din Raja Air Nyior!

Sedikit berbeza, air kelapa di sini dicampur dengan pelbagai campuran seperti cincau dan cendol. Malah di sini juga tidak sekadar menjual air kelapa sahaja, tapi nasi ayam juga turut dijual. Menarik. bukan?

Alamat: 15150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Perniagaan : Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat (8.00 am – 2.00 am)

4. Warung Pak Mat Pulau Pisang

Warung Pak Mat Pulau Pisang bukan sahaja terkenal dalam kalangan orang Kelantan tentang keunikan minuman ini, malah orang luar juga sering berkunjung kesini apabila mereka bercuti ke negeri Kelantan.

Yang paling menarik perhatian pelanggan ialah keenakan air teh madu disini. Dipenuhi dengan buih-buihnya yang sedap pasti menghilangkan rasa dahaga anda. Dekat sini juga, pelanggan boleh request untuk letak ais krim teh madu dekat atas tu. Memang betul-betul kaw!

Alamat : Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Perniagaan : Setiap hari kecuali hari Selasa (7.30 am – 4.30 pm)

5. Mat Saleh Burger

Aiskrim waffle dan burger adalah menu utama di kedai Mat Salleh Burger. Harga pula dikatakan murah,tetapi berkualiti. Memang sangat berpuas hati. Berdasarkan gambar, anda dapat lihat ais krim yang digunakan sangat menarik dan nampak mengliurkan.

Selain menu waffle beraiskrim, masakan western seperti spageti juga sangat disyorkan. ABC di sini juga antara menu yang anda perlu cuba bila berada disini.

Alamat:  Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Perniagaan : Setiap hari ( 8.00 pm – 1.00 am)

6. Satay Razak Wakaf Bharu

Sate Razak adalah kedai sate yang patut anda cuba jika anda berada di Kelantan. Kedai ini sering popular dan mendapat sambutan hangat kerana keenakan satenya yang pelbagai menu, ada kambing, arnab dan landak!

Setiap masa kedai ini tidak pernah sunyi oleh pelanggan.  Ada sahaja pelanggan yang datang tidak kira budaya dan bangsa. Korang wajib cuba!

Alamat :  Depan Balai Polis, 16210 Wakaf Bharu, Kelantan

Waktu Perniagaan : Setiap hari kecuali hari Jumaat ( 5.00pm  – 10.00 pm)

7. KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh

Sekiranya anda penggemar ikan bakar. Anda wajib berkunjung ke sini, bawa keluarga dan adik beradik semua. Yang paling istimewa dekat sini adalah ia menyediakan ulam-ulaman dan sambal yang berbeza-beza secara percuma, sudah lah sedap boleh makan sepuas hati pula. Kedai ni memang terbaik.

Sangat-sangat dicadangkan!

Alamat : Lot 55-C Batu, 3, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Perniagaan : Setiap hari (4.30 pm – 12.00am)

8. KBB Burger & Steak

KBB burger & steak terletak di bandar kota bharu. Makanannya sangat menarik dan berbeza daripada kedai burger lain kerana daging  yang digunakannya lain dari yang lain.

Alamat : Laluan Persekutuan 8, Bandar Kota Bharu, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Perniagaan : Setiap hari  ( 3.00pm  – 12.00 am)

9. Sabye Sabye Cafe

Sabye- Sabye Cafe merupakan kedai milik instafamous, iaitu Sheila Nan. Cafe tersebut menyediakan pelbagai menu masakan daripada masakan panas, makanan western , makanan thai dan makanan korea hanya di bawah satu bumbung.

Disini juga menyediakan pelbagai pencuci mulut.

Alamat : Jalan Kampung Morak, Kampung Pauh Kubor, 16210 Tumpat, Kelantan

Waktu Perniagaan : Setiap hari kecuali hari Rabu ( 2.00 pm – 12.00 am)

10. JL Fara Crab

Kalau sebut makanan laut semua terbayangkan hidangan shell out yang terbentang di atas meja kan? Dengan seafood di tompok-tompokkan di hadapan mata, memang menggiurkan sungguh.

Tapi kalau semua tu tak segar memang takde maknanya nak menikmati semua tu. Jadi kedai ni sangat-sangat dicadangkan kepada penggemar makanan laut yang ingin menikmati hidangan yang segar.

Alamat : Lot 47, Batu 3 Wakaf Che YehKota Bharu 16450, Malaysia

Waktu Perniagaan : Setiap hari ( 12.00pm – 12.00 am)

11. Juara Ikan Bakar Perupok

Restoran Juara Ikan Bakar Perupok Original ini menyediakan pelbagai jenis makanan lauk termasuk pelbagai jenis ikan, sotong, udang, lala, kerang dan sebagainya.

Selain menu utamanya iaitu ikan bakar berempah. Juara Ikan Bakar Perupok Original ini juga menyediakan masakan ala-ala thai. Untuk mereka yang inginkan kelainan, mereka juga menyediakan pelbagai jenis ulam-ulaman untuk dimakan dengan air asam, sambal belacan dan juga budu.

Mereka juga turut menyediakan tempoyak. Jadi, sudah semestinya Restoran Juara Ikan Bakar Perupok Original ini sesuai untuk anda yang ingin berkumpul bersama keluarga dan juga tempat makan malam bersama kawan-kawan.

Alamat :Lot 3017,Hadapan Balai Polis Kubang Kerian, Kota Bharu.

Waktu Perniagaan : Setiap hari ( 4.00 pm – 1.00 am)

12. Mee Pak San

Mee Pak San menyediakan pelbagai variasi masakan mee. Mee kuah ada, mee goreng udang ada. Harganya juga sangat berpatutan. Betapa sedapnya masakan mee kat sini sehingga setiap masa penuh dengan pelanggan.

Alamat : Lot 2124, Kampung Dalam Kota, Wakaf Baharu

Waktu Perniagaan : Setiap hari kecuali hari Jumaat (11.00 am – 12.00 am)

13. Makekek Cafe

Makete Cafe terletak di Wakaf Bharu, Kelantan. Menyediakan pelbagai jenis makanan antaranya makanan western, kepelbagaian jenis kek dan pelbagai jenis air kopi.

Alamat : PT 2939 Tingkat Bawah, Jalan Putri 2, Taman Kota Kubang Labu, Bandar Baru, Kampung Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan

Waktu Perniagaan : Setiap hari kecuali hari Jumaat (11.00 am – 6.30 pm)

14. KB Brewster

Kb Brewster merupakan kafe hipster.  KB Brewster terletak bersebelahan dengan Shell Jalan Cherang. Sedikit berbeza daripada konsep makmal yang dipersembahkan oleh kafe lain, kafe hipster ini menggabungkan elemen kafe kopi dan kemelayuaan dalam menu minuman mereka. Antara signature dish mereka adalah Kopi Beng Caramel atau Kopi Beng biasa.

Mereka juga menyediakan kopi mengikut pengkhususan tertentu. Adunan kopi mereka yang lazat bersama sepinggan kek Pavlova sudah cukup untuk menceriakan hari anda.

Alamat : Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Perniagaan : Setiap hari kecuali hari Jumaat (10.30 am – 7.00 pm | 8.00 pm – 12.30 am)

15. Kopi Mesin

Kopi mesin menyediakan pelbagai jenis kopi yang akan membuatkan pencinta kopi jatuh hati. Kesemua hidangan kopi di sini menjanjikan rasa yang pekat namun tidak pula pahit.

Rasa manisnya juga tidak keterlaluan, cukup sempurna! Jadi sesiapa yang ada datang ke Kelantan, anda wajib ke sini.

Alamat : Lot 572 Batu 3½, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Perniagaan : Setiap hari ( 10.00 am – 1.00 am) | Jumaat (10.00 am- 12.30 pm, 2.30 pm -1.00 am)

16. Red D Station

Diantara menu istimewa yang ada di Red D Station ini adalah, pelbagai jenis Char Kuew Teow, makanan western dan pasta.

Sumber gambar: Red D station (facebook)

Alamat: Bersebelahan station minyak Petronas Pasir Pekan (KFC PASIR PEKAN)

Waktu perniagaan: Isnin hingga Sabtu (5 Petang – 12 Pagi), Ahad CUTI

17. Warung Badik2

Warung Badik tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Kelantan.

Pelbagai menu menarik yang ada disini. Sesuai untuk anda yang mahu melepak-lepak bersama keluarga atau rakan-rakan.

Alamat: NO PT 851 KG BAUNG PENGKALAN CHEPA 16100 KOTA BHARU KELANTAN (4.57 mi)
Kota Bharu 15400.

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (5 petang – 12 malam), Ahad CUTI

18. Nasi Kerabu Azma

Menu istimewa di sini, sudah tentulah nasi kerabu.

Harga adalah bermula RM3.50. Pelbagai menu sampingan yang bleh dipilih seperti solok, ikan celup tepung, daging bakar, ayam goreng , jeruk bawang putih dan sebagainya.

Disini juga turut menyediakan laksa, laksa penang, nasi dagang dan sebagainya.

Alamat: 1308, Laluan Persekutuan 3, Kampung Baharu, 16210 Tumpat, Kelantan.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari KECUALI jumaat (4 petang – 9 malam)

19. Nasi Kerabu Panji

Restoran Nasi Kerabu Panji di Kota Bharu. Katanya, inilah tempat makan nasi kerabu yang paling sedap, dan dikunjungi ramai pelanggan.

Alamat: Lot 947, Berhadapan caltex kampung Pulau kapas, 15200 Kota Bharu.

20. Char Kuey Teow Tepi Sungai Kelantan

 

Alamat: 1109, kepala jambatan sultan yahya petra, Wakaf Bharu, 16250 Tumpat, Kelantan.

Masa operasi: Dibuka setiap hari kecuali AHAD (5 petang – 12.30 pagi)

 

 

tags: |