Selamat Pagi Semua! Adakah anda penggemar KitKat? Kalau betul, sudah tiba masanya untuk anda bangkit dari mimpi indah kerana rasa KitKat yang baru ini telah muncul. Mungkin sudah lama kita nantikan kemunculan perisa baru bar coklat KitKat ini.
Beberapa hari yang lepas, kami terjumpa tentang coklat bar terbaru ini yang mana memang menarik perhatian kami. Anda semua pasti berfikir ” ini hanyalah perisa yang baru”. Tetapi percayalah, ia lebih dari apa yang anda sangkakan. Pertama kali diperkenalkan di Dubai, orang ramai berebut-rebut untuk mendapatkannya.
Sekiranya anda tertanya-tanya apakah ditengah-tengah coklat bar itu. Ditengah coklat bar itu adalah biscoff yang hancur dan rangup. Biscoff adalah campuran kayu manis, pala, halia dan rempah. Kebiasaanya di negara-negara seperti Belgium, Belanda, dan Perancis, mereka menggunakan biscoff sebagai jem roti seperti mentega kacang. Nampak best kan?
Dengan rasa yang baru ini, memang ianya tidak salah sama sekali walaupun menggunakan Lotus Biscoff sebagai inti di tengah. Dilengkapi pula dengan dua lapisan wafer coklat dan biscoff di atas serta coklat susu KitKat di bawah . Jadi tidak hairan lah mengapa warga Dubai mengatakan KitKat perisa baru ini amat sedap.
Kenapa dari tadi kami hanya sebut di Dubai, kerana buat masa ini, KitKat terbaru ini hanya boleh didapati di Dubai sahaja. Masih belum dipasarkan dalam Malaysia. Moga-moga KitKat akan pasarkan di Malaysia secepat mungkin. Tetapi sekiranya ada yang ingin ke Dubai buat masa terdekat ini, anda memang wajib cuba KitKat baru ini selagi stok masih ada!
Cover Photo: @emfemirates
Sumber Rujukan : KLFoodie