Tips diet pada bulan Ramadan, sesuai untuk anda yang mahu kurus.
Bulan puasa bukan sahaja bulan untuk meningkatkan lagi amal ibadah kita, malah bulan puasa juga bulan yang paling tepat untuk kita semua menjaga pengambilan makanan. Dibawah saya kongsikan tips diet bulan Ramadhan untuk anda yang ingin turunkan berat badan.
Di bulan puasa, kita bukan sahaja perlu menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa. Kita juga perlu menahan diri daripada bersikap boros dan tamak ketika menjamu juadah berbuka.
Mengamalkan diet pada bulan Ramadan juga boleh menjimatkan wang, selain itu badan juga akan lebih sihat.
Pada masa yang sama, kita juga boleh mendapatkan saiz badan yang diimpikan.
Seorang gadis bernama Wani telah berkongsikan tips dietnya yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 10KG sepanjang Ramadan tahun-tahun sebelum ini
Wani telah memuat naik sebuah status di laman Facebook, dia berkongsikan menu makanan yang diamalkannya sepanjang bulan Ramadan bermula dari menu sahur sehingga menu berbuka, termasuk juga menu moreh di samping tips-tips lain yang membantunya menurunkan berat badan.
Usaha yang dilakukan oleh Wani itu bertujuan supaya dia boleh memakai pakaian yang diimpikannya pada hari raya.
Baca perkongsiannya di bawah:
Wani berjaya turunkan berat 10kg tahun lepas dan tahun ini Wani nk turunkan lagi 4kg. Raya nanti bolehlah pakai kebaya merah size XS.
So Wani nak share tips dan cara Wani diet sepanjang bulan puasa ini:
SAHUR (untuk sahur kena ambil carbo utk bekalkan tenaga seharian)
- Boleh makan roti wholemeal, untuk roti wholemeal ni boleh makan dengan telur hancur ke ikut kreativiti masing2.
- Ambil segenggam nasi biasa atau paling bagus untuk diet BROWNRICE.
- Kurma rendam dalam air sebelum tidur dan makan masa sahur.
- Biasanya wani ambil 3 roti wholemeal cicah dengan mila coklat, itu je. Kenyang sampai berbuka. Sebab dalam mila coklat slym ada rolled oat, badam, kurma so dah cukup bagi rasa kenyang dan bekalkan tenaga seharian wani. Kalori dalam mila coklat 110 kalori sahaja tapi kenyang macam makan nasi 200 kalori. Tapi kalau jenis kena makan nasi boleh ambil nasi takda masalah.
*Gambar sekadar hiasan* Foto: Google
BERBUKA PUASA
- Minum segelas air masak dan makan kurma (sunnah gais kena ikut pahala lebih).
- Wani akan minum secawan mila coklat supaya wani rasa kenyang jadi nafsu nak makan itu ini dah berkurang.
- Makan nasi segenggam, lebihkan sayur (ni memang letak banyak) ikan atau ayam. Better masak sendiri lauk2 ni dari beli dekat bazaar sebab bila masak sendiri lebih healthy dan rendah kalori.
- TAK MINUM AIR MANIS LANGSUNG. Sebab ini la punca berat badan susah turun.
- TAK AMBIL AIS LANGSUNG. Kalau nak minum sejuk2 letak la dalam peti ais.
- TAK MAKAN KUIH MUIH yang manis itu. Benda2 manis semua wani elakkan kecuali kurma je wani ambil.
MOREH (biasanya lepas teraweh akan rasa lapar jadi perlu ada moreh kan?)
- Boleh makan roti wholemeal letak peanut butter.
- Makan buah buahan. buah feveret wani adalah tembikai dan limau.
- Minum teh detox (takda gula gaiss, apa apa jenama pun takpe).
- Atau boleh ratah lauk2 berbuka tadi tapi ratah lauk means ikan ayam je bukan ratah sekali kuah2nya okey.
Biasanya wani memang tak makan dah lepas berbuka sebab memang kenyang. Tapi wani nak bagi tips jugak untuk rujukan lain kodd kodd lepas terawih lapar kan.
Kalau larat korang exercise 20/30 minits setiap hari. Atau boleh gantikan exercise dengan kemas rumah asalkan berpeluh ye.
Okey itu je. Kalau ada apa2 soalan boleh tanya nanti wani jawab ye.
SHARE JIKA BERMANFAAT.
-wani mustafa-
Foto: Wani Mustafa (Facebook)