Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Bawang Putih Sebagai Penawar? Mitos Tentang COVID-19 Yang Perlu Anda Tahu

Bawang Putih Sebagai Penawar? Mitos Tentang COVID-19 Yang Perlu Anda Tahu

Kategori:
Mitos Tentang COVID-19

Pada ketika dunia sedang berperang melawan ancaman virus pembunuh penyebab COVID-19, warganet pula diancam puluhan berita palsu tanpa sokongan fakta yang betul, contohnya mitos tentang COVID-19 yang telah tersebar.

Ada penawar yang dipaparkan tidak dapat disahkan, malah ada juga yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia.

Mitos Tentang COVID-19 Yang Perlu Anda Tahu

Berikut antara mitos-mitos mengenai COVID-19 yang disebarkan warganet:

1. Makan bawang putih

Bawang putih terbukti mempunyai kebaikan kesihatan dan ia juga terbukti mempunyai sifat mencegah bakteria dan antivirus (anti-microbial properties).

Namun, realitinya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tiada bukti bawang putih dapat mencegah COVID-19.

Dalam satu laporan South China Morning Post (SCMP), seorang wanita telah dimasukkan ke hospital kerana simptom radang tekak selepas makan lebih 1.5 kilogram bawang putih.

2. Mineral ajaib

Bintang YouTube, Jordan Sather mendakwa mineral ajaib ‘Magic Minerals’ atau lebih dikenali sebagai MMS yang mengandungi klorin dioksida (chlorine dioxide) bukan sahaja dapat membunuh sel-sel kanser malah membasmi jangkitan koronavirus.

Sebenarnya, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) pernah mengeluarkan amaran keburukan produk berkenaan yang tiada bukti kebaikan untuk kesihatan, selain hanya memberi kesan buruk seperti muntah, cirit-birit dan dehidrasi.

3. Resipi gel pembasmi kuman buatan sendiri

Kebimbangan susulan penularan jangkitan koronavirus mendorong rakyat negara terjejas COVID-19 untuk membuat pembelian panik gel dan cecair pembasmi kuman menyebabkan farmasi kini kekurangan atau kehabisan stok.

Ini menjadikan warganet yang serba kreatif mengeluarkan resipi baharu yang menyerupai jenama-jenama terkenal, namun tidak menepati kandungan yang ditetapkan.

Menurut saintis, produk gel buatan sendiri ada kalanya mempunyai kandungan alkohol yang terlalu tinggi untuk penggunaan kulit.

Resipi produk itu lebih sesuai digunakan bagi membersih permukaan serta alat, tetapi mungkin berbahaya jika digunakan pada permukaan kulit.

Menurut Sally Bloomfield, profesor di London School of Hygiene and Tropical Medicine, setakat ini tiada resipi gel buatan sendiri yang berjaya dibuat di rumah.

4. Minum air setiap 15 minit

Dakwaan bahawa suhu panas dapat membunuh kuman seperti virus penyakit COVID-19 sangat popular ketika wabak ini menular.

Malah ada dakwaan di Twitter kononnya pihak Unicef sendiri memberi saranan lebihkan minum air suam dan kurangkan pengambilan ais krim.

Dakwaan itu ternyata palsu, apabila kakitangan bahagian pengendalian informasi palsu di Unicef, Charlotte Gornitzka mengeluarkan penafian.

Setakat ini, tiada bukti kukuh mengaitkan ciri-ciri COVID-19 dan reaksinya terhadap suhu panas.

Sumber: Astro Awani

tags: | | |