Kerajaan telah memakluman perintah kawalan pergerakan di seluruh negara semalam bagi mengekang penularan virus COVID-19 di Malaysia.
Namun begitu, kebanyakan kedai makan masih lagi dibuka tetapi hanya untuk perkhidmatan penghantaran.
Menurut Buletin TV3 di laman Instagram mereka, syarikat penyedia seperti e-hailing, Grab Malaysia akan terus beroperasi seperti biasa walaupun perintah kawalan pergerakan telah diumuman oleh Perdana Menteri semalam.
Grab telah mengesahkan bahawa semua perkhidmatan yang disediakan termasuk penghantaran makanan GrabFood, GrabMart, pengangkutan e-hailing dan perkhidmatan Grab Express akan diteruskan seperti biasa.
https://www.instagram.com/p/B90db-nJH9K/?utm_source=ig_embed
Jadi, kalian tidak perlu panik dan risau tentang tiada sumber bekalan makanan ataupun perkhidmatan barangan akan terjejas kerana syarikat Grab telah pun mengesahkan sendiri hal ini.
Jangan keliru, kedai makan memang ditutup operasinya, tetapi perkhidmatan penghantaran makanan masih lagi beroperasi seperti biasa.
Sumber: Buletin TV3 (Instagram), Remaja.