Kalau sebelum Perintah Kawalan Berkurung ini mungkin kita terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga. Jadi dengan kesempatan yang ada ini, sebenarnya ia telah memberi ruang dan peluang kepada kita untuk tolong isteri masak, tolong mana yang patut dan luangkan masa bersama anak-anak.
Dan inilah juga masanya untuk anda bertanya dan bersembang lebih rapat dengan ahli keluarga. Mungkin ada hal tersirat yang anak dan isteri mahu beritahu anda tetapi tersekat kerana kesibukan anda mengejar urusan dunia sebelum ini.
Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di dalam instagramnya, beliau mahu kita menghargai masa yang ada ini untuk merapatkan silaturrahim bersama ahli keluarga.
Nikmat hikmah disebalik covid-19. Biasa busy. Terima kaseh ya Allah. Adalah masa dirumah masak untuk bidadari dan anak-anak. Dapat makan sama-sama. Bersepah dapur ayah masak. Anak-anak berlari makan dekat saya. Nikmatnya bila dapat beri masa bersama bidadari dan anak-anak. Suap bidadari dan anak-anak. Bestnya.
Kasihan bidadari saya selama ini masak dekat rumah. Ya Allah, ini semua anak saya cuti panjang. Bidadari saya penat. Syukur dapat membantu di rumah.
Bergilir-gilirlah dan saling membantu dalam khidmat buat ahli keluarga dan juga orang lain. Jamu orang miskin dan anak yatim.
Teringat Saidina Umar ra khalifah mulia bawa guni barang dapur dan masak untuk sebuah keluarga miskin tengah malam atas bukit dalam khemah. Hidupkan apu sampai janggut dan wajahnya kena asap. Layan dan lihat anak mereka bermain. Katanya meliaht anak ini tadi menangis lapar buat rasa sedih dan melihat mereka bermain kekenyangan buat rasa bahagia.
Ayuhlah kita bantu bidadari atau anak-anak bantulah ibu cuti sekolah ini. Anak lelaki baik anak perempuan. Kita sama-sama buat dengan kasih sayang dan cinta. Disaat ujian ini kita jemput rahmat dan keampunan Allah. Orang yang paling untuk orang khidmat. Semua orang yang puasa, solat, baca al-Quran, zikir dan semua kebaikan mereka dapat pahala. Tetapi orang yang khidmat menyediakan buat mereka paling besar pahala. Dia dapat kebaikan besar dari semua amal ahli keluarga. – Ustaz Ebit Lew
https://www.instagram.com/p/B91HgQNlLoX/?utm_source=ig_embed