Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 14 Menu Yang Menjimatkan & Menyelerakan Untuk Rujukan Anda Sepanjang PKPB

14 Menu Yang Menjimatkan & Menyelerakan Untuk Rujukan Anda Sepanjang PKPB

Kategori:
menu jimat PKPB

Seiring dengan tempoh PKPB ini mesti ibu-ibu risau nak masak apa. 14 hari duduk di rumah bukan waktu yang sekejap. Hari-hari fikir nak masak apa lah untuk tengahari atau makan malam. Biasa tunjuk kat kedai saja. Jadi kali ini Daily Makan nak tunjukkan kepada anda 14 menu yang menjimatkan dan menyelerakan untuk sepanjang PKPB ini.

14 Menu Yang Menjimatkan & Menyelerakan Untuk Rujukan Anda Sepanjang PKPB

1. AYAM GORENG DAN SINGGANG IKAN

RESEPI AYAM GORENG

Bahan -bahan :

  • Ayam 1 ekor (lebih kurang)
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Tepung jagung setengah cawan
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Memasak :

  1. Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung.
  2. Perap dulu setengah jam jika suka
  3. Gorengkan ayam dalam minyak.
  4. Dah siap! Senangkan..!

RESEPI IKAN SINGGANG

Bahan – Bahan :

  • Ikan kembung atau apa-apa ikan
  • Bawang merah | dihiris halus
  • Bawang Putih | dihiris halus
  • Lengkuas 1 inci
  • Serai 1 batang | diketuk
  • Bendir /tomato
  • Kunyit 1 inci
  • Asam keping | 4 keping
  • Cili Api
  • Garam dan serbuk perisa kalau ada

Cara Memasak :

  1. Rebus air,kuantiti air tu bergantung pada korang nak banyak atau sikit ya,kalau nieyl letak setengah periuk kecil
  2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris halus bersama serai,asam keping, kunyit dan lengkuas,biar sehingga mendidih
  3. Masukkan bendi,cili api ,biarkan 5 minit masukkan ikan
  4. kemudian masukkan garam dan serbuk perisa
  5. biar mendidih dan tutup api dan boleh hidang.

2. IKAN GORENG DAN SAYUR LEMAK TERUNG

 

RESEPI IKAN GORENG

Bahan – Bahan :

  • Ikan
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Tepung jagung setengah cawan
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Memasak :

  1. Gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung.
  2. Perap dulu setengah jam jika suka
  3. Gorengkan ikan dalam minyak.
  4. Siap untuk dihidangkan.

RESEPI SAYUR LEMAK TERUNG

Bahan-Bahan :

  • Terung – hiris nipis
  • 3 biji cili hijau
  • Ikan bilis
  • 3 ulas bawang merah
  • Santan
  • Garam
  • Gula

Cara Memasak :

  1. Masak santan dengan ikan bilis dan bawang yang dihiris sehingga hampir mendidih. Masukkan terung dan masak sambil terus dikacau sehingga kuah mendidih.
  2. Masukkan sedikit garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  3. Akhir sekali, baru dimasukkan cili hijau supaya ianya tidak terlalu layu.
  4. Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih yang dimakan dengan sambal belacan.

3. DAGING GORENG KUNYIT DAN SAYUR BENING SAWI

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT

Bahan – Bahan :

  • 1/2kg daging
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1inci halia dihiris
  • 1 batang cabai basah  dihiris
  • Garam dan gula  secukup rasa

Cara Memasak :

  1. Daging diperap bersama kunyit selama 15minit. Kemudian goreng daging tadi hingga hampir masak
  2. Masukkan bawang putih, bawang besar, halia dan cabai.
  3. Apabila sudah agak layu, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masak hingga daging hampir kering.
  5. Siap untuk dimakan.

Sumber resepi : Resepicheff

RESEPI SAYUR BENING SAWI

Bahan –  Bahan :

  • 3  pokok  sawi |asingkan batang & sayur, cuci bersih, potong ikut citarasa
  • 3  ulas  bawang merah  ~  hiris
  • 2  ulas  bawang putih  ~  hiris
  • 2  sudu makan  ikan bilis  ~  cuci bersih & toskan
  • 2  biji  telur
  • Garam & pati ikan bilis secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis

Cara Memasak :

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali/periuk.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga naik bau.
  3. Masukkan batang sawi, kacau rata dan masukkan air secukupnya.
  4. Biarkan sehingga mendidih dan batang sawi sedikit lembut.Masukkan sayur sawi, biarkan seketika kemudian pecahkan telur ke dalamnya.
  5.   Biarkan sedikit mengeras, kacau rata.
  6. Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia dihidangkan.

Sumber resepi : zaralovebaking

4. IKAN SIAKAP MASAK STIM DAN SAYUR KAILAN IKAN MASIN

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK STIM

Bahan- bahan :

  • 1 ekor ikan Siakap – kelar
  • Daun ketumbar – tabur
  • 1 biji imau nipis – hiris hiasan

Bahan Kuah :

  • 1/2 biji bawang besar -hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 2-3 tangkai cili padi – hiris
  • 3 helai daun limau purut – carik
  • 1 biji limau nipis – ambil jus
  • 1-2 batang serai – potong serong
  • 1 inci halia – hiris
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap
  • Garam
  • Gula

Cara Memasak :

  1. Masukkan sedikit dari bawang, halia dan serai untuk disumbat ke dalam perut ikan dan kukus selama 15-20 minit atau sehingga ikan masak.
  2. Tuang bahan bahan kuah ke atas ikan dan kukus beberapa minit lagi.
  3. Angkat dan taburkan daun ketumbar dan hias dengan hirisan limau nipis.

Sumber resepi : Resepi shiela rusli

RESEPI SAYUR KAILAN IKAN MASIN

Bahan – bahan :

  • 2 ikat sayur kailan – ambil pucuk kalian yang berbunga sahaja
  • 2 cm ikan masin sebaik-bauknya ikan tenggiri
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili api- ditumbuk dan dititik
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar nampla- sos ikan Thai
  • Minyak bijan

Cara Memasak :

  1. ;Sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil-kecil mengikut citarasa anda.
  2. Ambil bawang merah dan putih dan dipotong halus .
  3. Ambil ikan masin bersihkan dahulu yer dan dipotong kecil-kecil.
  4. Goreng ikan masin di dalam minyak yang panas sehingga betul-betul garing.
  5. Masukkan semua bawang dan goreng bawang tersebut sehingga layu Selepas itu masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati.
  6. Setelah betul-betul sebati anda masukkan pula nampla dan terus kacau.Akhir sekali masukkan sayur kailan.
  7. Setelah itu kacau sayur dan jika kelihatan kering anda boleh masukkan sedikit air .Goreng sehingga sayur kailan layu dan masak sepenuhnya.
  8. Penggunaan garam tidak perlu di dalam resepi ini kerana ikan masin sudah cukup untuk memasinkan resepi ini.
  9. Masakan kailan ikan masin anda telah pun siap untuk dihidangkan.

Sumber resepi : AzieKitchen

5.GULAI IKAN DAN TELUR DADAR

RESEPI GULAI IKAN

Bahan-bahan:

  • Ikan selar kuning
  • 1 kotak santan kotak
  • 1 keping asam keping
  • Garam
  • Gula / Ajinamoto

Bahan kisar:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1-2 sudu besar cili kering kisar
  • Sedikit ketumbar biji | kalau tak suka, tak perlulah letak

Cara Memasak :

  1. Satukan bahan kisar dengan santan yang telah dimasukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dengan selalu dikacau.
  2. Masukkan asam keping, gula dan garam. Terus dikacau lagi supaya kuah tidak berketul.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan dan biarkan seketika sehingga kuah cantik, baru diangkat.

Sumber resepi : AzieKitchen

RESEPI TELUR DADAR

Bahan-Bahan:

  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang merah
  • Garam
  • Cili padi/cili burung
  • Mayonis – 1 sudu

Cara Memasak :

  1. Pecahkan telur.
  2. Masukkan bawang dan cili yang dihiris halus,  masukkan mayonis dan garam.
  3. Kacau sehingga sedikit kembang.
  4. Panaskan minyak. Goreng sehingga garing.
  5. Siap untuk dihidangkan.

6. AYAM GORENG KUNYIT DAN SUP AYAM

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT

Bahan – Bahan :

  • 300g ayam, bahagian dada
  • 4 batang kacang panjang, potong 2 inci
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 biji bawang merah, hiris nipis
  • 1 biji cili merah, hiris nipis

Cara Memasak :

  1. Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau.
  3. Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Taburkan dengan sedikit gula.Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang.

Sumber resepi : Resepi Che Nom

RESEPI SUP AYAM

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam, potong kecil
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan untuk rempah tumis:
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2-3 tangkai cengkih
  • Bahan untuk dikisar halus:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih

Bahan dipotong dadu besar :

  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 biji kentang sederhana besar
  • tomato (potong 4)
  • celery, jika suka

Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Kacau perlahan sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau, tutup periuk dan biar sebentar.
  4. Kemudian masukkan air, lebih kurang 3-4 cawan atau agak-agak sehingga air tenggelam isi ayam. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
  6. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
  7. Taburkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng apabila dihidang.

Sumber resepi : Resepi Che Nom

7. IKAN TUMIS DAN SAYUR TAUGE GORENG

RESEPI IKAN TUMIS

Bahan-Bahan:

  • 6 ekor ikan kembung
  • 1 senduk cili kisar
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram (optional)
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 biji bawang besar, potong membulat
  • gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis, anggaran 1 mangkuk kecil
  • Bahan tumbuk/kisar halus:
  • 4 ulas bawang putih
  • 4-5 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia

Cara Memasak :

  1. Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau di atas api perlahan sehingga cili kisar pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, sos ikan, sos tiram dan air asam jawa. Kacau sehingga sambal masak sebati. Boleh ditambah sedikit air jika sambal terlalu kering.
  4. Masukkan bawang besar dan gula secukup rasa.
  5. Tuangkan kuah sambal di atas ikan goreng tadi. Siap untuk dihidangkan.

RESEPI TAUGE GORENG TELUR

Bahan-bahan :

  • 300 g tauge kasar (Dibuang akar)
  • 2 keping tauhu (Dipotong dadu)
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ( Cili merah, bawang merah dan bawang putih ditumbuk bersama)
  • 100 g udang segar (Dibuang kulit)
  • 50 g daun kucai  (Dipotong pendek)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak dan gorengkan tauhu sehingga masak. Angkat tauhu dan masukkan ke dalam pinggan.
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk dan udang sehingga wangi.
  3. Masukkan tauhu, tauge, daun kucai dan garam. Kacau rata. Biarkan seketika.
  4. Sedia dihidangkan.

8. SARDIN TUMIS DAN KACANG BOTOL GORENG TELUR

RESEPI SARDIN TUMIS

Bahan – bahan :

  • 1 tin ikan sardin
  • 3-4 sudu besar cili kisar
  • 2 biji kentang
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 hirisan nipis halia
  • 1/2 mangkuk kecir air asam jawa
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • cili padi , jangan potong masukkan sebiji-sebiji

Cara Memasak :

  1. Asingkan isi ikan sardin dan kuahnya.
  2. Panaskan minyak anggaran 1 mangkuk kecil kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan pula cili kisar dan masak sehingga cili menjadi sedikit garing diikuti pula dengan kentang. Che Nom memang suka masukkan kentang pada waktu ini supaya mudah empuk.
  4. Masukkan isi ikan sardin dan kacau perlahan-lahan kerana takut isi ikan sardin mudah hancur.
  5. Masukkan pula kuah ikan sardin, air asam jawa, cili padi dan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Sumber rujukan : Resepi Che nom

RESEPI KACANG BOTOL GORENG TELUR

Bahan – bahan :

  • 1 cekak kacang botor
  • 1 tangkai cili merah – hiris
  • 4 ulas bawang merah – hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 ekor udang
  • 1-2 biji telur
  • Garam

Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga keperangan. Masukkan sos tiram dan kacau lagi.
  2. Masukkan udang dan kacau rata. Masukkan sayur kacang botor dan cili merah,
  3. Pecahkan telur dan kacau rata. Masukkan garam, jika perlu. Bolehlah ditutup api.

Sumber resepi : Azie kitchen

9.TOMYAM AYAM DAN TELUR DADAR

RESEPI TOMYAM AYAM

Bahan – bahan :

  • isi ayam potong dadu,
  • 1 paket pes tomyam
  • 3 batang serai…
  • seulas bawang | potong 4
  • 2 biji tomato
  • 5 – 6 helai daun limau purut
  • 2 cawan air
  • Lobak
  • bunga kobis
  • garam/serbuk perasa

Cara Memasak :

  1. Masukkan air dalam periuk, rebus bersama serai
  2. Masukkan isi ayam yg dah dipotong dadu tadi
  3. Carikkan dua tiga helai daun limau, campak..
  4. Potong 4 sebiji tomato, campak jugak…bagi rasa masam…(kalau suka pedas boleh ketuk cili api sekali…sukatan sukahati….i is not pemakan pedas…huhu)
  5. Boleh masukkan carrot dulu…dah nak mendidih boleh masukkan fishcake, bunga kobis @ sayur2 lain
  6. Tunggu dalam 5 minit,,,masukkan balance daun limau, tomato dan bawang tadi..
  7. Perasakan ngan garam

RESEPI TELUR DADAR

Bahan-Bahan:

  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang merah
  • Garam
  • Cili padi/cili burung
  • Mayonis – 1 sudu

Cara Memasak :

  1. Pecahkan telur.
  2. Masukkan bawang dan cili yang dihiris halus,  masukkan mayonis dan garam.
  3. Kacau sehingga sedikit kembang.
  4. Panaskan minyak. Goreng sehingga garing.
  5. Siap untuk dihidangkan.

10.DAGING GORENG KICAP DAN KOBIS MASAK LEMAK

RESEPI DAGING GORENG KICAP

Bahan-bahan :

  • ½ kg daging
  • 2 biji bawang besar | Dihiris
  • 2 biji cili masak | Dihiris
  • 2 ulas bawang putih | Dihiris
  • Sedikit lada sulah
  • Kicap

Cara Memasak:

  1. Masukkan daging yang  siap gaul kunyit tadi dalam kuali untuk keringkan airnya.
  2. Bila air daging dah taka da, masukkan minyak (lebihkan sedikit supaya daging masak rata)
  3. Goreng hingga daging garing (Warna keperangan )
  4. Masukkan sos tiram dan lada sulah
  5. Masukkan semua bahan hiris
  6. Akhir sekali masukkan kicap (tak perlu banyak sangat)
  7. Siap untuk dihidangkan.

RESEPI KOBIS MASAK LEMAK

Bahan-bahan :

  • 1/2 biji kobis bulat, hiris kasar
  • 1/2 batang karot, hiris nipis
  • 1 ketul tauhu, potong kiub
  • 1 genggam ikan bilis, rendam dan tumbuk kasar
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak :

  1. Panaskan santan cair di dalam periuk dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, bilis tumbuk, tauhu dan karot.
  2. Masukkan kubis dan cili merah, masak seketika sehingga lembut.
  3. Masukkan pula santan pekat dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul. Api mestilah perlahan.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

11. AYAM BAKAR DAN SUP SAYUR

RESEPI AYAM BAKAR

Bahan -bahan :

  • Pes nasi goreng kampung 2 paket
  • Pes tomyam 1 paket

Cara Memasak :

  1. Kosongkan isi pes ke dalam bekas berisi ayam yang dah dicuci. Gaul sekata
  2. Gaul dengan penuh kasih sayang secukup rasa
  3. Perap ayam dalam masa 2 jam atau semalaman. Lebih lama perapan anda, lebih sedap rasa ayam
  4. Kemudian… Bakar ! Boleh bakar guna oven atau di atas arang. Mmmm sedap

RESEPI SUP SAYUR

Bahan – bahan :

  • 1 paket bebola ikan
  • sedikit udang
  • cendawan tiram
  • karot
  • jagung muda atau baby corn
  • sayur sawi
  • serbuk pati ayam
  • garam
  • sedikit lada sulah
  • daun sup
  • bawang goreng
  • Bahan-bahan cincang halus:
  • 1 inci halia,
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah

 Cara Memasak :

  1. Panaskan sedikti minyak dan tumis bahan cincang halus.
  2. Masukkan bebola ikan, karot dan baby corn. Pada waktu menumis ni kita masukkan semua jenis sayur yang keras dan perlukan lebih masa untuk lembut.
  3. Tuang air secukupnya dan masukkan udang, cendawan tiram dan sayur sawi.
  4. Masak hingga mendidih. Tabur dengan hirisan daun sup dan
  5. Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan sedikit lada sulah

12. AYAM MASAK MERAH DAN ACAR TIMUN

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit

Bahan-bahan kisar

  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato

Cara Memasak :

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

RESEPI ACAR TIMUN

Bahan bahan:

  • 2-3 batang timun
  • 1/2 batang karot
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 biji bawang besar Holland – hiris nipis
  • 220 ml cuka makan – 1/3 botol
  • 350 gram gula pasir atau secukupnya
  • Garam
  • Setitis pewarna kuning – opsyenal

Cara Memasak:

  1. Masukkan cuka, gula dan  garam dan dikacau hingga gula hancur.
  2. Masukkan bawang besar yang dihiris, cili merah dan karot yang dihiris halus.
  3. Akhir sekali masukkan timun dan sesuaikan rasa.

13. IKAN GORENG PEKASAM DAN PETOLA MASAK AIR

RESEPI IKAN GORENG PEKASAM

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan pekasam
  • 1 labu bawang besar di potong nipis
  • 1 ulas bawang putih di potong nipis
  • 3 helai cili kering – buang biji dipotong pendek dan serong
  • Sedikit minyak untuk menggoreng ikan pekasam
  • 1 biji limau nipis

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng dulu ikan pekasam.
  2. Apabila ikan agak-agak nak masak, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering.
  3. Goreng sekali dengan ikan hingga kekuningan
  4. Dah masak angkat dan letak dalam pinggan.
  5. Perah limau nipis bila hendak makan diatas lauk pekasam tadi. dan makan dengan nasi panas.

Sumber resepi : myresepi

RESEPI PETOLA MASAK AIR

Bahan-bahannya:

  • 2 biji petola – dibuang kulit luar dan dipotong 1 inci
  • 1 bungkus suun – direndam hingga lembut dan dipotong 2 inci
  • sedikit udang sayur
  • 2 cawan air
  • 1 biji cili merah – dihiris serong
  • Bahan hiris nipis:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah

Cara Memasak :

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. tumis bahan hiris hingga wangi.
  2. Masukkan air dan udang. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan petola dan cili merah. Biarkan mendidih dan petola layu.
  4. Masukkan garam.
  5. Masukkan suun. Gaul rata dan terus tutup api
  6. Hidangkan.

Sumber resepi : resepicikguani

14. IKAN MASIN GORENG BAWANG DAN SUP BROKOLI

RESEPI IKAN MASIN GORENG BAWANG

Bahan-bahan:

  • Ikan masin | Terpulanglah ikan apa yg hendak digunakan
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cili api.

Cara Memasak :

  1. Goreng ikan masin sehingga masak dan diangkat.
  2. Tumiskan bawang putih,apabila agak garing masukkan cili api dan bawang besar.
  3. Masukkan ikan masin, gaulkan seketika. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber resepi : Resepiraidah

RESEPI SUP BROKOLI

Bahan-bahan:

  • 1 biji brokoli
  • 1 ulas bawang besar} Potong halus
  • 3 ulas bawang putih} potong halus
  • 1/2 batang lobak merah} potong pendek memanjang
  • 1 batang saleri} potong serong
  • Soon secukupnya} rendam seketika
  • lada sulah secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk memasak

Cara Memasak :

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan air, lobak merah.Biarkan mendidih.Masukkan soon yang direndam tadi, biarkan seketika.
  3. Kemudian masukkan brokoli.Perasakan dengan garam dan gula.Masukkan batang saleri.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Sumber resepi : Damai Qalbu

 

 

tags: