Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!

Kategori: ,
Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

“Bila lalu je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti teringin. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh.”

Kalau ikut resepi ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.

 

Bahan A: Kacau rata

  • 250 gram marjerin (saya guna Farmcow)
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur

Bahan B

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
  • *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

Cara-cara:

  1. Kacau sebati semua Bahan A.
  2. Kemudian masukkan semua Bahan B, kecuali cip coklat.
  3. Gaul rata semua bahan yang dicampur. Bila sudah sebati, baru tambahkan cip coklat.
  4. Bila dah menjadi adunan, masukkan adunan selama setengah jam ke dalam peti ais.
  5. Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
  6. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
  7. Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
  8. Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak.

Sumber: Facebook, hijabnheels (Youtube).

Selamat mencuba!

Jom juga cuba Resepi Muffins Chipsmore Guna 2 Bahan Sahaja!

 

tags: