Mana peminat cerita Dragon Ball sewaktu ketika dahulu? Tahukah anda semua, disebalik nama sayuran dan makanan yang kita makan tu ada terselit nama-nama tokoh Dragon Ball.
Sebenarnya Saiya dalam Dragon Ball adalah berasal daripada perkataan Jepun. Diterbalikkan menjadi Ya sai yang mana bermaksud sayur.
Kakaroct (nama Saiya untuk Son Goku) pula berasal dari ‘carrot’, bermaksud Lobak Merah.
Raditz, abang kepada Son Goku, namanya dipetik dari ‘raddish’ yang bermaksud lobak putih. Haa adik lobak merah, abang pula lobak putih. Macam tu je Akira Toriyama twist nama sayur untuk watak Dragon Ball.
Nappa, watak yang satu team dengan Bezita sewaktu menakluk planet-planet, berasal dari nama ‘napa cabbage’, bermaksud Kobis.
Nama Son Gohan, anak kepada Son Goku pula diambil dari perkataan Jepun iaitu ‘gohan’ yang bermaksud nasi.
Vegeta (nama dalam komik Bahasa Melayu adalah ‘Bezita’) berasal dari enam huruf pertama ‘vegetable’, yang bermaksud sayur-sayuran.
Pan, anak Son Gohan dan Videl, cucu kepada Son Goku. ‘Pan’ dalam bahasa Jepun bermaksud roti.
Krillin, sahabat baik Son Goku. Nama dalam komik Bahasa Melayu keluaran Comic House adalah Kurin. Nama watak ini diambil dari perkataan ‘kuri’ yang bermaksud ‘chestnut / buah berangan’ dalam bahasa Jepun. Patutla kepala Kurin ni botak licin.
Yamcha. Nama dalam komik Bahasa Melayu adalah Yamu. Nama karakter ini diambil dari ‘dim sum’ dalam bahasa Cina iaitu Yum Cha.
Broly. Nama berasal dari ‘broccoli’. Dikatakan kuasanya 10,000 kali lebih kuat berbanding orang Saiya yang lain dan digelar The Legendary Saiyan. Orang Saiya yang berkuasa power gilebabas ni hanya lahir seorang sahaja setiap 1000 tahun.
Bardock. Ayah kepada Son Goku dan Raditz. Seorang pahlawan Saiyan yang kelas rendah, setia kepada Fliza sebelum mengetahui yang Fliza merancang untuk membunuh bangsa Saiyan. Nama Bardock berasal dari ‘burdock’, sejenis akar yang dimakan sebagai sayur. Khabarnya sayur ini sangat terkenal di Jepun.
Pilihan nama yang memang terbaik!
Sumber rujukan: Projek Paseto