Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Kerajaan Akan Tanggung Perbelanjaan Makan Pelajar IPTA, IPTS Yang Tidak Pulang Ke Kampung

Kerajaan Akan Tanggung Perbelanjaan Makan Pelajar IPTA, IPTS Yang Tidak Pulang Ke Kampung

Kategori: ,

Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan akan menanggung penuh bantuan makanan kepada pelajar universiti yang tidak pulang ke kampung semasa Perintah Kawalan Pergerakkan.

“Pelajar -pelajar tersebut bukan sahaja dari IPTA, tetapi juga IPTS, begitu juga dengan pelajar di kolej komuniti, institut pengajian guru malah di program matrikulasi.

“Semuanya melibatkan 74,530 pelajar dan jumlah kos yag ditanggung kerajaan untuk 11 hari adalah sebanyak RM12,297,450.”

“Jadi bermakna semua pelajar yang tinggal di kolej tidak pulang ke kampung sama ada IPTA ataupun swasta dan juga lain-lain ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaa,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Menjawab soalan wartawan, neliau memaklumkan kerajaan menyerahkan kepada pihak pentadbiran universiti untuk menentukan cara pengagihan.

https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/209759566755047/

 

Sumber rujukan : Siakapkeli

tags: