Permintaan pesananan makanan telah meningkat berkali ganda. selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan supaya rakyat duduk di rumah.
Penghantar makanan seperti platform GrabFood dan Foodpanda terus bekerja keras demi memastikan makanan yang dipesan selamat dihantar kepada pelanggan, sehinggakan mereka sendiri tidak sempat mengisi perut sendiri yang kelaparan.
Terbaru, seorang penunggang GrabFood dilihat sedang menunaikan solat di sebuah stesen minyak. Meskipun sibuk bekerja, dia tidak lupa melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Ianya dikongsi oleh Jaafar Salleh di laman Facebook dengan memuji tindakan lelaki tersebut yang tidak lupa mengerjakan ibadah walaupun sibuk mencari rezeki.
Sumber: Facebook