Ini dia Resepi Pes Ikan Bakar yang dikongsi oleh Siti Aisyah Husin di laman Facebook MAHN. Menurutnya, Resepi ini pernah mendapat 14,000 perkongsian dalam masa sehari. Sebenarnya resepi ini berasal daripada Makcik nya.
Katanya juga, resepi ini hanya untuk seekor ikan merah atau kerapu 1-1.5 kg sahaja. Kurang atau lebih ikan nanti boleh tentukan sendiri.
BAHAN-BAHAN :
Bahan kisar :
- 3 inci halia
- 3 inci lengkuas
- 12 biji bawang merah
- 1 setengah bawang holland
- 4 batang serai besar
- 2 sudu kecil udang kering
- 3 biji cili merah besar
- 4 helai daun limau purut
- 6-10 cili kering
*Kisar semua bahan di atas sehingga lumat. Kalau tak rasa dia kurang ‘umphh’ orang kata.
Bahan tambahan :
- 5 sudu cili kisar
- 2 keping asam keping
- 1 sudu kecil gula melaka
- Gula putih
- Garam
- Penambah perisa (Knorr)
- Sedikit minyak
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar tadi sampai naik aroma yang wangi. Pastikan warna tu dah jadi sedikit kekuningan.
- Masukkan asam keping dan cili kisar dalam tu. Gunakan api sederhana je untuk beberapa minit, tumis sampai pecah minyak.
- Kemudian, masukkan gula melaka dan serbuk perasa. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi, akhirnya pes sudah siap.
CARA BETUL BAKAR IKAN MENGGUNAKAN PES YANG DIBUAT
- Siang ikan dan basuh betol2. Musim corona ni, utamakan kebersihan ye. Tapi jangan pulak basuh dengan sabun. Gosok je banyak kali dengan air bersih.
- Sediakan daun pisang besar2. Takut ada pes yang mengalir keluar lepas bakar.
- Letakkan ikan atas daun pisang dan lumurkan pes tadi atas ikan. Kalau boleh lumur dalam perut sekali sampai rata. Bagi rasa pes tu masuk dalam isi ikan sekali.
- Bakar atas kuali atau pemanggang dalam 30 minit. Sambil tu cuba selak sikit takut terlebih masak. Bila isi ikan dah bertukar warna putih,ia dah masak.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Siti Aisyah Husin