Roti puri yang yang membelon macam ni memang sedap dibuat sarapan pagi.
Lagi-lagi bila dicicah dengan sardin! Perghh..
Jom cuba untuk sarapan pagi.
Resepi Roti Puri
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil yis
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 cawan air suam
Cara-cara:
- Campurkan tepung, minyak masak, gula, yis dan garam. Gaul sebati.
- Masukkan air.
- Dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
- Lenyekkan adunan dengan penggelek.
- Goreng sehingga kekuningan.
- Siap untuk dihidang bersama sardin.
Resepi sambal sardin baca di sini.
Selamat mencuba!
Sumber: Buat Orang Lapo (Youtube)