Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gardenia Akui Tidak Dapat Tambah Bekalan Di Pasaran,Stok Roti ‘Sold Out’ Di Semua Kedai

Gardenia Akui Tidak Dapat Tambah Bekalan Di Pasaran,Stok Roti ‘Sold Out’ Di Semua Kedai

Kategori: ,

Selain nasi, roti juga merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Lagi-lagi saat Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, pastinya ramai di rumah asyik ingin makan sahaja dan cuba resipi berbeza setiap hari.

Berikutan itu, roti habis terjual hampir di semua kedai dan pasaraya sehingga menyebabkan netizen tercari-cari kedai yang memiliki stok jual roti terutama sekali roti berjenama Gardenia.

Menurut satu kenyataan, syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd iaitu pengeluar roti Gardenia di Malaysia telah maklumkan bahawa tidak dapat menambah bekalan produknya di pasaran.

Difahamkan, pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia kini telah sampai ke tahap maksimum. Malah, pihak Gardenia tidak dapat menambah bekalan produk di pasaran tetapi masih akan terus menghasilkan roti dan produk-produk lain setiap hari.

https://www.facebook.com/GardeniaKL/photos/a.301540629900465/2753753654679138/?type=3

Terkini, pihak Gardenia mengatakan bahawa pengeluaran produknya akan dilakukan seperti biasa. Malah, syarikat tersebut akan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi keperluan pengguna.

Sumber rujukan : thevocket.com

ARTIKEL BERKAITAN :

Netizen ‘lelong’ Gardenia RM699. Ada Ke Yang Sanggup Beli?

tags: