Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tips Musim PKP – Cara Penggunaan Bawang Yang Menjimatkan

Tips Musim PKP – Cara Penggunaan Bawang Yang Menjimatkan

Kategori: ,

Melihat dengan keadaan sekarang, dimana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Memang kita harus mengamalkan sikap yang berjimat cermat. Sebab kita tidak tahu apa lagi yang akan terjadi  selepas sebulan.

Menurut perkongsian Nur Farhanaa Noordin menerusi group Facebook MAHN tentang cara menjimatkan penggunaan bawang.  Ya umum mengetahui bahawa harga bawang semakin naik.

Jadi cara nak menjimatkan penggunaannya adalah seperti berikut :

  • 3 labu bawang putih
  • 3 biji bawang besar
  • Minyak masak secukupnya

*Kisar kasar semua bahan di atas dan simpan ke dalam bekas. Masukkan dalam peti ais.

*Bila nak gunakan waktu memasak, jangan letak minyak yang banyak di dalam kuali sebab sewaktu kisar bawang tu, kita dah masukkan minyak.

Menurut Nur Farhanaa Nordin, satu bekas bawang yang dikisar itu bertahan selama 2 minggu.

Sumber : Facebook MAHN

 

 

tags: