Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan. Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak keluar rumah jika tidak ada kepentingan.
Jadi buat masa sekarang, rakyat Malaysia hanya berada di rumah dan melakukan aktiviti masing-masing. Ada yang memang cuti dari bekerja dan ada yang perlu bekerja dari rumah.
Tapi walaupun hanya berada di rumah, pemakanan juga harus dikawal. Jangan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni banyak pula penyakit lain yang muncul contohnya obesiti, kencing manis dan sebagainya kerana tidak menjaga pemakanan.
Gunakan bahan asas yang ringkas dan menjimatkan masa.
Wajibkan jam 10 pagi dan 5 petang.
Kurangkan gula, garam dan lemak dalam makanan.
Kurangkan stok makanan ringan di rumah.
Kurangkan minum air yang berwarna dan bergula.