Pihak kerajaan telah keluarkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada seluruh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia dinasihati supaya tidak keluar rumah jika tidak ada hal penting seperti keluar membeli barangan keperluan seperti makanan.
Tapi, mesti ada dikalangan anda yang was-was untuk keluar kan? Sebab takut dijangkiti COVID-19 ini. Iyalah, kita tidak tahu siapa yang pegang barangan yang kita mahu beli itu, mungkin mereka sudah dijangkiti COVID-19.
“Dr, saya risau sidai baju kat ampaian nanti jiran sebelah batuk melekat Covid-19”
“Dr, lepas balik pasaraya barang semua kena tinggal luar rumah 8 jam ke?”
“Dr, fon saya ni kalis air jadi kena basuh dengan sabun berapa kali sehari?”
Walaupun dinyatakan berapa jam benda tu lekat pada permukaan, anda tak perlu panik sampai tak boleh tidur fikirkan esok nak pegang stereng macam mana.
Yang paling penting untuk anda ingat dan terangkan pada mereka yang kurang faham adalah:
Pastikan basuh tangan anda selepas beli barang tu. Pastikan juga sesiapa yang sentuh barang tu juga cuci tangan mereka. Jangan pergi cium pula plastik roti gardenia tu pulak sebab barang susah nak dapat kan.
1. Jangan disambut oleh ahli keluarga terutama anak-anak. Elakkan dari terus bertemu ahli keluarga lain.
2. Terus masuk ke dalam tandas, buka semua pakaian dan terus dicuci, rendam di dalam air sabun.
3. Selepas itu, baru buka mask dan sarung tangan. Terus buang ke dalam plastik khas. JANGAN buang di dalam tong sampah biasa kerana virus boleh hidup jika ada host iaitu sisa makanan dalam tong sampah.
4. Mandi dan cuci dengan sabun.
5. Baru keluar bertemu ahli keluarga.
6. Untuk barang-barang yang dibeli, jangan terus guna. Sebaiknya biarkan di satu sudut simpanan khas selama 8 jam supaya jika ada virus pada barangan yang dibeli, virus akan mati selepas 8 jam.
Kalau sekarang anda tidak mengikut saranan KKM, mungkin sambutan Aidilfitri tahun ini hanya dengan videocall Whatsapp sahaja.
Sumber: Facebook