Roti paung adalah salah satu makanan tradisional Terengganu. Roti ini ada dijual oleh sesetengah peniaga dan sangat mudah untuk didapatkan di sekitar negeri Terengganu. Kalau sekarang ini anda berada di negeri luar, mungkin boleh cuba membuat sendiri Roti Paung ini di rumah.
Sangat mudah untuk dibuat dan sedap. Boleh menggantikan roti Gardenia yang semakin berkurangan di pasaran. Jadi jom kita ikuti perkongsian resepi dari Aleesya Danial di laman Facebook miliknya.
Cara Buat Roti Paung Yang Mudah, Sedap Dan Menyelerakan!
BAHAN-BAHAN:
- 1 kilo gandum
- 1 paket yis mauripan
- 2 cawan gula
- 1 cawan air
- 2 sudu planta
- 5 biji telur
- 1 sudu kecil garam
- Marjerin
CARA PENYEDIAAN:
- Bancuhkan yis dahulu dengan sedikit air dan satu sudu tepung gandum, ketepikan sehingga berbuih. Selalunya ambik masa dalam 10 hingga 15 minit.
- Uli kesemua bahan sehingga sebati dan biarkan kan doh naik/kembang. Lebih kurang dalam 2 jam atau 3 jam.
- Bila dah naik elok, bulat-bulatkan dan susun dalam acuan. Biarkan doh yang dah dibulat naik dahulu baru dibakar.
- Sebelum dibakar dalam oven, sapukan marjerin di atas doh yang kita dah bulat-bulatkan.
- Selepas keluar dari oven, masa masih panas, terus sapu marjerin
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Roti Paung Terengganu ini? Kalau tiba-tiba mengidam dan tak dapat ke Terengganu bolehlah mencuba resepi mudah, ringkas dan sedap ini. Sangat menyelerakan!
Selamat mencuba!
Kredit: Aleesya Danial
Baca juga: Resepi Spaghetti Carbonara Yang Ringkas, Tak Perlu Guna Sos Hanya Guna Susu Dan Cheese Je. Jom Kita Cuba!