Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ais Krim Malaysia Ala Magnum Viral

Resepi Ais Krim Malaysia Ala Magnum Viral

Kategori:

Musim-musim lockdown ni kalau bosan duduk rumah tak tahu nak buat apa boleh cuba resepi ais krim Malaysia ala magnum ni. Memang sedap, anak-anak kecil pasti suka punya. Pekena pulak musim panas-panas, pasti menyejukkan anak tekak anda. Memang padu weh!

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan Aiskrim :

  • 3/4 Susu pekat | Kalau tak nak manis boleh kurangkan
  • 2 kotak kecil susu full cream
  • 1 sudu besar ovellate
  • 2 sudu kecil perisa vanilla

Bahan Salutan :

  • 350gm coklat masakan & dark chocolate | apa-apa jenama pun boleh

CARA PENYEDIAAN :

  1. Putar atau kisar bahan semua bahan ais krim sehingga kembang.
  2. Double boilkan coklat sehingga cair. Tunggu sehingga coklat suam.
  3. Masukkan coklat ke dalam piping beg, kemudian ratakan coklat tersebut.
  4. Tunggu beberapa minit dan tuangkan ais krim vanilla tadi.
  5. Masukkan ke dalam peti ais selama 5-6 jam.
  6. Siap untuk dimakan

Selamat Mencuba !

Baca juga : Cara Order Aiskrim ‘Online’, Hanya Perlu Tunggu Lori Hantar Sampai Depan Rumah

tags: