Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Anda Basuh Barang Dengan Sabun Untuk Elak Covid-19? Ini Pandangan Berbeza 2 Pakar

Anda Basuh Barang Dengan Sabun Untuk Elak Covid-19? Ini Pandangan Berbeza 2 Pakar

Kategori: ,
Basuh Barang Dengan Sabun

Selepas tular kisah seorang ibu apabila anaknya berkongsi gambar wanita itu membasuh barang dapur dengan sabun selepas dibeli dari pasaraya. Semakin ramai yang tampil mengaku melakukan perkara yang sama. Gambar ini dikongsikan oleh @EvieLancaster di Twitter.

Walaupun dilihat seperti agak keterlaluan, tetapi ramai juga yang merasakan perkara itu wajar demi mengurangkan risiko untuk terkena jangkitan wabak Covid-19.

Seorang doktor dari Michigan juga turut menggesa orang ramai untuk membiarkan produk yang dibeli dari pasaraya ditinggal di luar rumah untuk 3 hari, atau membasuh semua barang yang dibeli.

Dalam satu video Youtube, seorang doktor lagi iaitu Jeffrey VanWingen tidak menafikan bahawa langkah-langkah tersebut melecehkan dan mengambil masa untuk membasuh satu per satu. Namun memandangkan semua orang mempunyai masa yang terluang sepanjang kuarantin, dia berasa tidak ada salahnya untuk mengikuti langkah itu.

Walaubagaimanapun, seorang profesor pakar penyakit berjangkit mengatakan risiko jangkitan melalui pembungkusan adalah rendah dan orang ramai patut menggunakan pemikiran rasional.

Stephen Baker dari Jabatan Perubatan di University Of Cambridge berkata virus ini tidak bertahan lama di luar badan, berbeza dengan bakteria.

Melalui laman web coronavirus NHS juga mengatakan kemungkinan untuk virus disebarkan melalui objek seperti pakej plastik atau makanan adalah rendah.

Selain menyarankan pengguna untuk mencuci buah-buahan dari sayuran sebelum makan, Profesor Baker juga mengingatkan orang ramai untuk berfikir secara logik dimana tidak mungkin semua produk di pasaraya mempunyai virus Covid-19.

Oleh itu, makanan-makanan yang berada di dalam plastik boleh dilap sahaja dengan tisu basah anti-bakteria atau terus dibuang platik pembalutnya tanpa perlu direndam di dalam air sabun atau peluntur seperti yang ramai lakukan.

Bagaimana pula dengan BARANG BASAH?

Adakah semua barang basah atau makanan mentah perlu dinyahkuman selepas dibeli?

Tidak! Tidak perlu nyahkumah semua makanan basah yang dibeli tetapi mesti dibasuh dengan air sebelum dimasak atau dimakan.

Bolehkah basuh dengan sabun?

Tidak, sabun bukan dibuat untuk bersihkan makanan. Ia dibuat untuk bersihkan pinggan mangkuk dan tangan.

Ingat, kalau kita tertelan sabun boleh menjadi loya, muntah dan cirit birit.

Bahan kimia yang ada dalam cecair sanitasi atau produk nyahkuman yang lain tidak sesua untuk makanan kerana ia boleh menjadi racun dan merosakkan makanan. Ia sangat berisiko untuk digunakan pada makanan walaupun telah dicairkan.

Sebaliknya, bakul atau beg kitar semula yang digunakan untuk membeli barang itu yang perlu dibersihkan, paling kurang seminggu sekali kerana ia termasuk dalam barang yang kerap dipegang.

 

Sumber: HCL, Daily Mail, Berita Harian.

Baca juga: “Dr, Lepas Beli Barang, Kena Tinggal Luar Rumah 8 Jam Ker?” Ini Penjelasan Padu Kakitangan KKM

Baca juga: Ini Cara Yang Betul Untuk Elakkan Jangkitan COVID-19 Jika Ke Pasaraya

tags: