Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Dalgona Baru Campuran Kopi & Ais Krim, Dalgona AFFOGATO

Resepi Dalgona Baru Campuran Kopi & Ais Krim, Dalgona AFFOGATO

Kategori: ,

Selepas Dalgona Coffee dan Milo, kali ni jom cuba Dalgona Affogato pula. Resepi baru ini dikongsi oleh KL Foodie. Dalgona Affogato ini melibatkan AIS KRIM! Kopi dan ais krim? Macam menarik kan? Jadi jom kita cuba dan viralkan.

Buat Dalgona Affogato dengan 3 cara mudah

Gambar : KL Foodie

Gabungan yang sempurna, kopi + ais krim = affogato. Minuman berasaskan kopi Itali ini sangat mudah dibuat dan ia akan menjadi resepi baru yang anda boleh mencuba semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan. Tetapi tetap rasa bosan? Cubalah buat minuman Dalgona Affogato ini, ambil gambar yang cantik-cantik dan letakkan  #dalgonaaffogatochallenge di Instagram atau TikTok kerana ini pasti menjadi trend seterusnya.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

Gambar : KL Foodie

  • 2 sudu besar Nescafé, serbuk kopi segera klasik (jangan gunakan kopi 3-dalam-1)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu air panas
  • 1 tab Ais Krim Nestlé Vanilla (3-4 sudu setiap hidangan)

CARA PENYEDIAAN:

1. Campurkan serbuk kopi segera, gula, dan air panas dalam mangkuk kecil

Gambar : KL Foodie

2. Menggunakan pemukul atau hand mixer elektrik, pukul campuran sehingga menjadi coklat keemasan dan kembang

Gambar : KL Foodie

Gambar : KL Foodie

3. Letakkan 3-4 sudu Ais Krim Nestlé Vanilla ke dalam gelas dan tuangkan campuran dalgona tadi dekat atas

Gambar : KL Foodie

Gambar : KL Foodie

Cuba Resipi Dalgona Affogato Baru Ini Dengan Ice Cream Nestlé Vanilla Sebagai Pencuci Mulut

Gambar : KL Foodie

Tidak syak lagi, resepi TikTok sangat mudah disebarkan dan menghebohkan dunia kerana hampir semua orang telah mencuba membuatnya. Ia sedap dan mudah dibuatkan? Kita semua mahu melakukannya lebih banyak! Lihat resepi Dalgona yang lain di sini.

Selamat Mencuba !

Sumber : KL Foodie

tags: