Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Setelah Lama Tiada Video Masakan, Khairulaming Tampil Mohon Maaf Kerana…

Setelah Lama Tiada Video Masakan, Khairulaming Tampil Mohon Maaf Kerana…

Kategori: ,
Khairulaming

Sesiapa yang mengikuti video-video masakan selebriti media sosial pasti mengenali Khairulaming. Dia kerap memuat naik resepi mudah memasak di Instagram miliknya, menjadi rujukan kepada sesiapa yang mahu mencuba masakan mudah.

Namun, sejak kebelakangan ini Khairulaming jarang memuat naik video masakan di Instagram. Ia sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat  yang ternanti-nanti video masakannya.

“Adik akan jaga family kita elok-elok..”

Semalam, Khairulaming telah memuat naik satu gambar,  memaklumkan berita sedih iaitu telah kehilangan bapa tersayang.

Dia mengakui perkara yang paling ditakuti akhirnya telah terjadi namun mereka sekeluarga redha dengan apa yang berlaku.

https://www.instagram.com/p/B-Wu3EwlaZY/?utm_source=ig_embed

Tiada video baru sebab jaga ayah

Melalui posting itu juga, Khairulaming turut menyatakan ketiadaan video baru masakan adalah disebabkan kerana fokus kepada allahyarham bapanya yang kurang sihat.

Jadi, dia memohon maaf kepada mereka yang kerap bertanyakan kehilangannya selama ini.

Innalillahiwainnalillahirojiun

Rata-rata peminat dan sahabat handainya telah meninggalkan komen diruangan Instagram personaliti tersebut dengan mengucapkan salam takziah diatas kehilangan bapa tersayang.

Mereka juga turut mendoakan semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap supaya keluarga Khairulaming terus bersabar menerima ujian daripada Allah S.W.T.

Stay strong brother..

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman

Khairulaming turut berkongsi pesanan di laman Twitter

Sumber: Ohmymedia.

tags: