Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Batik Indulgence yang Lembut & Cantik

Resepi Kek Batik Indulgence yang Lembut & Cantik

Kategori: ,

Bosan tak tahu nak buat apa musim sekarang? Jom cuba buat kek batik. Tapi bukan kek batik yang biasa tu,ni kek batik indulgence ni, lapisan coklat dekat atas. Anak-anak anda pasti menyukainya.

Bak kata tuan resepi ini Ariana Sofia Ahmad, makan sambil pejam mata je. Jadi jom kita cuba sekarang.

BAHAN – BAHAN YANG DIPERLUKAN :

Bahan-bahan kek batik :

  • 450g biskut marie (patah2kan)
  • 250g butter
  • 1 cawan milo (110g)
  • 3/4 cawan susu pekat manis(190ml@250g)
  • 1/2 cawan serbuk koko(50g)
  • 1/2 cawan air masak(60ml@50g)
  • 1sk Esen vanila

Bahan-bahan lapisan cream cheese:

  • 250gram cream cheese
  • 150ml whipping cream (Anchor)
  • 1 sudu besar gelatin + (1/4 cawan air panas @50ml) -dikacau sebati
  • 3 sudu besar gula custor
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1sk esen vanila

Bahan-bahan lapisan coklat :

  • 300g milk compound coins (beryls) |guna dark compound pun boleh
  • 150ml whipping cream (Anchor)
  • 1 sudu besar butter
  • Double boil semua bahan topping dan kacau sebati

Double boil ada 3 cara

  1. Panaskan whipping cream atas dapur, bila dah panas, tuang terus dalam milk compound dan kacau sehingga sebati bersama butter.
  2. Masukkan milk compound, whipping cream dan butter ke dalam microwave. Bila dah panas, coklat akan cair. Buat keluar, kacau bagi sebati.
  3. Ambik air panas semangkuk. Dalam mangkuk lain letakkan whipping cream, milk compound dan butter ke dalam mangkuk yang lebih besar. Letak mangkuk tu atas mangkuk air panas tadi dan kacau sehingga coklat cair (guna bekas tahan panas)

CARA PENYEDIAAN :

  1. Mula-mula kena patahkan biskut marie. 1 keping patahkan jadi 4. Buat yang ni dulu sebab bila coklat dah masak boleh letak terus.
  2. Dalam kuali panaskan butter. Guna api perlahan je supaya butter xhangit.
  3. Bila butter dah cair masukkan terus susu pekat manis dan kacau sebati.
  4. Bila dah sebati masukkan pula milo, serbuk koko dan esen vanila. Yang ni kena kacau laju supaya tak berketul. Api jangan kuat.
  5. Dah sebati je, terus masukkan air masak. Kacau sebati dan terus tutup api. Jangan tunggu mendidih.
  6. Masukkan biskut marie tadi. Dan kacau sehingga sebati. Pastikan semua tersalut
  7. Lapik loyang 9″ dengan baking paper. Pastikan baking paper lebih tinggi dari loyang. Ariana guna loyang yang boleh buka kat bawah. Senang nak tolak nanti. Ratakan kek dalam loyang dan tekan sehingga padat. Masukkan dalam peti ais. Nak cepat keras masukkan dalam frezer.

Cara Buat Lapisan cheese

  1. Sebelum buat lapisan cheese, buat dulu air gelatin. Serbuk gelatin ni dicampur dalam air panas. Kacau bagi sebati dan ketepikan. Cari gelatin yang halal, ada jual di kedai bahan bakery.
  2. Masukkan cream cheese, susu pekat manis, esen vanila, whipping cream dan gula. Mix sehingga adunan menjadi licin dan tak berketul.
  3. Lepas tu masukkan air gelatin tadi dan mix sehingga sebati
  4. Adunan ni memang nampak cair tapi jangan risau, gelatin fungsinya adalah untuk memejalkan cheese.
  5. Tuang cheese ke dalam loyang biskut tadi. Tuang di tengah-tengah loyang supaya cheese rata ketepi. Masukkan semula dalam peti ais. Nak cepat, letak je dalam freezer supaya cheese jadi pejal.

Cara seterusnya:

  1. Untuk double boil coklat, tips yang pertama. Panaskan whipping cream dulu.
  2. Lepas tu tuangkan ke dalam mangkuk yang dah letak milk compaund dan butter. Kacau sehingga coklat cair dan sebati.
  3. Lepas tu tuang coklat ditengah-tengah kek. Dan biarkan coklat rata ke tepi. Jangan sesekali guna sudu untuk ratakan. Kalau tak rata, boleh sengetkan loyang supaya coklat bergerak ke tepi.
  4. Nak nampak coklat licin, buih-buih kecil atas permukaan tu cucuk dengan lidi. Buat ketika coklat masih cair.
  5. Sejukkan dalam peti ais semalaman atau 5-6jam.
  6. Siap untuk dimakan

Selamat Mencuba !

Sumber : Facebook MAHN

 

tags: |