Seluruh Malaysia sudah sedia maklum berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua. PKP Fasa kedua berkuat kuasa pada hari ini, 1 April 2020 seperti yang telah dimaklumkan oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Namun, PKP Fasa kedua ini lebih berbeza dan akan diperketatkan lagi kawapan daripada pihak keselamatan.
Melalui pengkongsian satu infografik berkaitan PKP Fasa 2 ini untuk memudahkan supaya rakyat memahami dan mengikuti arahan yang ditetapkan. Ia merangkumi semua sektor antaranya premis hanya dibuka pada pukul 8 pagi hingga 8 malam sahaja.
Premis yang dibuka hanya pada pukul 8 pagi hingga 8 malam
Menteri juga menasihatkan agar penghantar makanan dan pelanggan tidak bersemuka dan menggalakkan makanan diletakkan diluar pagar rumah sahaja.
Waktu pengangkutan awam
Untuk kenderaan persendirian pula, anda hanya dibenarkan satu kenderaan untuk seorang sahaja.
Aktiviti riadah tidak dibenarkan sama sekali di kawasan awam dan persendirian termasuk di dalam kawasan berpagar.
Austism dan golongan OKU dibenarkan untuk menjalani terapi di luar tetapi dilarang secara berkumpulan.
Bagi rumah ibadat pula tidak dibenarkan sebarang aktiviti dan ibadah secara berkumpulan.
Harga siling topeng muka RM1.50 akan dikaji dari semasa ke semasa.
Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2
Bermula 1 – 14 April 2020#PrihatinRakyat #DudukRumah #StayAtHome pic.twitter.com/u0VYrGgIrp— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) March 31, 2020
Marilah kita menjadi rakyat yang prihatin dengan arahan kerajaan dan sentiasa berada dirumah untuk sama-sama menangani wabak Covid-10 ini!
#stayathome