Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Resepi Kek Kukus Coklat Cheese Yang LEMBUT Dan Gebu

Resepi Kek Kukus Coklat Cheese Yang LEMBUT Dan Gebu

Kategori:

Biasa makan kek coklat je kan? Kalau kek coklat lepastu cheese dekat tengah jarang sangat kan? Tapi teringin nak makan. Nak pergi cari dekat kedai kek pun, kadang-kadang jarang kedai kek yang sediakan kek coklat cheese macam ni. Jadi jom kita buat sendiri Kek kukus coklat cheese yang lembut, gebu dan pastinya sedap ini.

BAHAN- BAHAN :

Bahan A :

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan koko
  • 1 cawan minyak
  • 1/2 cawan susu pekat

Bahan B :

  • 3 biji telur ( Gred A)

Bahan C :

  • 1 cawan tepung naik sendiri

Bahan untuk cheese :

  • 250g cream cheese*
  • 60g gula castur*
  • 25g tepung gandum*
  • 25 g susu segar*
  • 1 biji telur

CARA PENYEDIAAN :

  1. Campurkan semua bahan A dan masak atas api kecil kacau supaya tak berketul-ketul. Bila dah sebati tutup api dan biarkan sejuk.
  2. Pukul bahan B sampai kembang dan gebu dan masukan bahan A kacau hingga sebati dan masukkan pula bahan C dan kacau sampai sebati.
  3. Tuangkan adunan coklat ke dalam loyang dan kukus hingga masak. Kemudian diikuti dengan adunan cheese dan juga kukus hingga masak.
  4. Setelah itu, tuangkan sekali lagi sebahagian lagi adunan coklat menjadikan 3 lapisan kesemuanya. Kukus hingga masak.
  5. Siap angkat dan sejukkan barulah diterbalikkan.

*Loyang hendaklah di sapu majerin dan di alas kertas minyak.

*Guna 1 loyang saja. Kukus selapis dulu adunan coklat selama 20 minit. Lepas tu letak cheese pula dan kukus lagi 20 minit. Last sekali letak yang coklat lagi dan kukus selama 20 minit.

CARA MEMBUAT ADUNAN CHEESE :

  1. Pukul semua bahan yang bertanda * kecuali telur. Pukul sampai gebu dan masukkan telur. Pukul lagi sampai sebati.
  2. Kukus semuanya.

 

Selamat Mencuba!

 

Sumber : Syarifah Al Wafa

Sumber rujukan : Keluarga.my

 

 

 

 

 

tags: |