Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Lelaki Ini Kongsikan Produk Sejuk Beku Tesco Yang Sedap Dan Sesuai Untuk Dimakan Sepanjang PKP Ini

Lelaki Ini Kongsikan Produk Sejuk Beku Tesco Yang Sedap Dan Sesuai Untuk Dimakan Sepanjang PKP Ini

Kategori: ,

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Ben Safwan ini, beliau berkongsi mengenai barangan sejuk beku jenama Tesco yang mana tidak pernah digunakannya.

“Sebelum ni tak pernah guna produk sejukbeku brand Tesco ni. 2 hari lepas alang-alang ke Tesco,Ben cuba produk-produk ni untuk bagi pada anak buah/keluarga mengunyah sempena PKP ni.” Tulisnya di laman facebook MAHN.

Nugget tempura Tesco sedap cuma meatball perlu diolah dalam sos spageti atau blackpapper

“Ehhh sedapp lah nugget tempura dia. Isi padat dan ada rasa seasoning sendiri.Tapi Ben limitkan 2 ketul je sorang. Tak boleh banyak-banyak setiap kali makan. Hee . Nnt cepat habis. Haa”

“Meatball pula kena olah dalam sos spagetti/blackpepper untuk lagi sedap sbb bau daging kerbau kuat sikit bagi Ben. Kalau makan camtu je tak berapa umphh.” Tulis lelaki ini.

Fries tak masin samosa juga rangup

Lelaki ini juga turut mengatakan yang fries Tesco tidak masin dan sedap apabila di cicah dengan sos cili maggi.

“Fries sedap tak masin. Kena lak cicah dengan sos cili maggi,fuhhh best. Samosa dia rangup,inti padat cuma rempah je kena improve sikit. Rasa mentah kari. Kalau masak lagi lama lagi sedap. Tapi Ben suka sebab rasa pedas-pedas selain dari inti padat.”

Lain-lain belum di cuba lagi

Menurut Ben, lain-lain produk yang dibeli olehnya seperti prata bawang, burger daging dan ayam serta popia belum di masak olehnya lagi.

“Roti prata bawang,biasa,burger daging dan ayam, popia belum Ben masak lagi. Ada tersimpan dalam freezer lagi.”

Puas hati dengan kualiti dan harga

Ben juga berpuasa hati dengan kualiti dan harga yang ditawarkan. Dia juga turut bertanya kepada warga facebook apa lagi produk Tesco yang boleh dicuba olehnya.

“Tapi puas hati la dengan kualiti dan harga yang ditawarkan. Produk apa lagi keluaran Tesco yang sedap untuk Ben cuba ? Boleh rekomenkan di bawah. Tak kira bukan sejukbeku pun.”

Ramai yang suggest pizza, pau , susu coklat dan …..

“Ok ramai suggest pizza,pau,susu coklat dia,serbuk malt coklat,sardin dia. Nanti Ben beli lagi untuk restock barang 5 hari kemudian nanti ” tulisnya.

Kesimpulannya produk sejuk beku keluaran Tesco ini bukan calang-calang ye. Yang tak pernah cuba, boleh la cuba sepanjang PKP ni. Mesti bosan tak tahu nak makan apa. Makan la produk sejuk beku keluaran Tesco ini. Beli, goreng dan makan. Simple. Selamat mencuba semua!

Sumber : Ben safwan via MAHN

tags: