Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu, segelintir keluarga kurang sumber pendapatan malah terdapat juga yang hilang terus pendapatan dalam mencari rezeki.
Terbaru, seorang pengguna Facebook Hakimy Albertamy beberapa keping gambar memaparkan seorang lelaki warga emas menjual cili di hadapan Maybank cawangan Bertam, Kepala Batas.
Menurut Hakimy, cili itu ditanam sendiri oleh pakcik tersebut sebelum menjual hasilnya namun sukar untuk meraih duit pendapatan akibat PKP.
“Dia tak minta sedekah pun, dia hanya mencari rezeeki dengan cara jual hasil tanamannya. Cuma dia kata susah sikit bila PKP ni kurang sumber pendapatan. Semoga Allah meluaskan dan memudahkan rezeki pakcik. Ok jom kita bantu orang, nanti orang lain pulak bantu kita,” tulisnya.
Posting berkenaan mendapat 1,800 perkongsian dan 1,000 tanda suka malah rata-rata warganet meluahkan rasa kasihan serta menyatakan hasrat ingin membantu pakcik tersebut.
Moga pakcik ini sentiasa dimurahkan rezeki. Siapa-siapa yang ada di kawasan berdekatan sila lah bantu pakcik ni. Kalau tak mampu nak beli banyak, beli sikit pun takpe.
Sumber : Hakimy Albertamy
Sumber rujukan : ohmymedia