Pernah tak bila buka peti ais je mesti berbau busuk. Meskipun semua makanan basi dan sudah rosak telah dibuang, bau busuk peti ais masih ada.
Rutin cuci peti ais pun dilakukan secara berkala, tapi dari mana datangnya aroma busuk ni?
Sebagai contoh macam bekas makanan, kadang masih berbau walaupun selepas dicuci bersih. Betul tak? Hal ini sama juga macam peti ais. Aroma yang melekat pada dinding peti sejuk adalah punca bau busuk tu. Ia memakan masa yang lama untuk hilangkan bau tu.
Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk mempercepatkan proses menghilangkan atau mencegah aroma busuk dalam peti ais iaitu:
Tabur serbuk penaik atas dulang atau piring kecil dan masukkannya ke dalam peti ais. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang.
Selepas itu, masukkan semula barang dalam peti ais dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalammnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau busuk.
Masukkan cuka dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti ais. Ia boleh menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti ais.
Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka kemudian lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.
Gunakan uncang teh atau kopi dan letakkan dalam peti sejuk. Jika tiada yang jenis uncang, tabut serbuk kopi atau teh di atas dulang dan letakkannya dalam peti sejuk.
Sekelip mata bau kopi yang semerbak akan menguasai peti sejuk.
Selain bahan di atas, salah satu cara menghilangkan bau peti sejuk yang berkesan dan semulajadi adalah dengan menggunakan arang. Masukkan arang kecil ke dalam bekas ‘tupperware’ dan letakkan dalam peti sejuk.
Apabila letakkannya dalam peti sejuk, laraskan suhu dalam peti sejuk kepada yang rendah dan tutup pintu beberapa hari.
Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang enak dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti dalam peti sejuk dan tinggalkan sehingga roti tersebut menjadi kering. Jika masih berbau, boleh gantikan dengan roti yang baru sehingga baunya hilang.
Jadi, lain kali kalau ada baki sekeping dua roti, jangan buang ya!
Kredit: Impiana