Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Mudah Membuat Kek Matcha Hanya Dengan Menggunakan Periuk Nasi

Cara Mudah Membuat Kek Matcha Hanya Dengan Menggunakan Periuk Nasi

Kategori: ,

Tidak perlu menjadi tukang masak profesional untuk mencipta sesuatu yang enak. Hanya dengan bahan dan resipi mudah ini, anda boleh membuat sendiri kek Matcha dari dapur anda!

BAHAN – BAHAN YANG DIPERLUKAN :

  • 2 paket campuran pancake
  • Susu |200ml
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh serbuk serbuk Matcha
  • 1/2 sudu gula halus
  • 1 tin Azuki Red Bean |dihias atas kek
  • Coklat frosting/icing

CARA PENYEDIAAN :

1.Letakkan 2 paket campuran pancake ke dalam periuk periuk nasi

2. Tambah 2 sudu tepung matcha (tambah gula jika anda mahu)

3. Campurkan adunan sampai sebati

4.Di dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan masukkan susu. Pukul sehingga sebati.

5. Masukkan campuran telur dan susu ke dalam adunan tadi.

6. Kacau rata sehingga ketulan tepung hilang.

7. Masukkan ke dalam periuk nasi dan masak pada mod biasa

8. Sebaik sahaja periuk nasi menandakan masak, buka dan tusukkan kek tersebut dengan garfu atau lidi. Sekiranya tiada yang melekat, ianya sudah masak. Sekiranya ada yang melekat, masak lagi sampai masak.

9.Bila sudah masak, keluarkan dari periuk nasi dan biarkan sejuk. Kemudian lekupkan ke atas pinggan, nanti dia tercabut sendiri.

 

SELAMAT MENCUBA!

Sumber gambar : Zairyo (Facebook)

Sumber rujukan : KL Foodie

 

 

tags: