Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Puding Biskut 3 Bahan, Menjadi Walaupun Tanpa Guna Tepung Dan Agar-Agar

Puding Biskut 3 Bahan, Menjadi Walaupun Tanpa Guna Tepung Dan Agar-Agar

Kategori: ,
Puding Biskut 3 Bahan

Sepanjang tempoh PKP ini, pelbagai resepi yang boleh dicuba kerana banyak masa yang terluang.

Tapi, kalau boleh nak buat sesuatu yang tidak menggunakan banyak makan. Betul tak?

Untuk yang suka makan makanan manis tapi tidak mahu kerja yang rumit, boleh cuba resepi puding biskut 3 bahan ni. Caranya tidak susah dan tidak memerlukan tepung ataupun agar-agar. Resepi ini dikongsikan oleh Farisha Sofea di laman Facebook.

PUDING BISKUT 3 BAHAN

hari ini sy nak share resepi puding biskut 3 bahan .
ya 3 bahan je , jadi janganlah tanya
” tak guna tepung ke ? “
” tak letak agar agar ke ? “
” sukatan air berapa ? ” ?
ikut je resepi nie okay ? telur tu boleh guna 4 biji je saiz standard . sy guna 5 biji saiz D sebab tu je yang ada ?

Bahan Bahan :

  • 24 keping biskut cream crackers
  • 1/2 cawan susu pekat ( boleh lebihkan / kurangkan )
  • 5 biji telur ( sy guna gred D )

Bahan Lain:

  • air suam panas
  • pewarna pilihan
  • sedikit minyak

Cara Cara :

  1. Susunkan biskut di dalam bekas dan tuangkan air suam panas sehingga paras biskut.
  2. Rendam sehingga biskut menjadi kembang dan lembut , tak perlu rendam terlalu lama, cukup sekadar biskut tersebut lembut sudah memadai.
  3. Kemudian toskan biskut dan masukkan ke dalam pengisar bersama susu dan juga telur. Kisar sehingga semua adunan mesra. Sementara itu panaskan kukusan.
  4. Tuangkan adunan ke dalam beberapa bekas dan letakkan pewarna pilihan. Kalau nak buat 3 warna, bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama rata dan letakkan pewarna pilihan. Setelah itu, ambil sedikit adunan dan tuangkan ke dalam loyang / acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak.
  5. Kukus selama 5 minit menggunakan api sederhana. Ulang proses untuk setiap lapisan warna. Lapisan yang terakhir, kukus selama 8 – 10 minit. Setelah siap, sejukkan seketika adunan sebelum dipotong / dikeluarkan daripada acuan.

#Puding biskut ini sedap dimakan sejuk, jadi bolehlah diletakkan di dalam peti untuk beberapa jam sebelum dimakan.

Siap! Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

 

tags: