Kisah seorang kelindan lori yang dalam keadaan ketiadaan wang untuk menjamah sebarang makanan telah mendapat perhatian netizen sejak semalam.
Seorang pengguna Facebook, Zarul Zabidi menceritakan dia telah bertemu dengan seorang kelindan lori yang bayaran gajinya hanya bergantung kepada bayaran perjalanan sahaja.
Zarul memulakan status di Facebooknya, “Abang saya lapar, saya nak makan, saya tak ada duit, abang bayar kan boleh?”
Kongsi Zarul lagi, dia akan membayar apa meminta pemandu lori itu mengambil apa yang dia mahu.
Lelaki itu hanya mengambil 2 ketul kuih seri muka dan sebungkus air milo dan dia memberitahu cukup baginya untuk makan satu di waktu pagi dan satu di waktu petang.
“Kuih seri muka ni kan bawah dia dah ada pulut nasi, cukup la bang 1 pagi 1 petang nanti sy makan.”
“Saya segan bang ini pertama kali dalam hidup sy meminta orang,” tambahnya lagi.
Zarul dalam kiriman yang sama mendoakan supaya Allah melimpahkan dirinya dengan rezeki seperti air zam-zam supaya dia dapat membantu lebih ramai lagi orang yang tidak bernasib baik.