Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Biskut Peanut Butter, Guna 3 Bahan Sahaja

Cara Buat Biskut Peanut Butter, Guna 3 Bahan Sahaja

Kategori: ,
Biskut Peanut Butter

Resepi biskut peanut butter ini hanya menggunakan 3 bahan asas yang kebiasaannya memang ada di dapur.

Kudapan yang enak dimakan bersama secawan teh atau kopi. Untuk membuat biskut peanut butter yang rangup ini hanya memerlukan 3 bahan sahaja.

Disebabkan caranya yang sangat mudah, ibubapa boleh membuat biskut ini bersama anak-anak untuk membuatkan masa anda di rumah lebih menyeronokkan!

Ini bahan yang diperlukan untuk membuat Biskut Peanut Butter

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega kacang halus (smooth peanut butter)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur

Cara-cara:

Langkah 1: Panaskan oven pada suhu 180°C. Kemudian campurkan peanut butter, gula dan telur ke dalam mangkuk.

Langkah 2: Gunakan pemukul(whisk) atau senduk kayu, kacaukan semua bahan sehingga sebati.

Langkah 3: Lapikkan dulang pembakar dengan baking paper. Cubit sedikit doh dan ulikan sehingga menjadi bulat. Kemudian, gunakan garpu dan tekan dengan lembut untuk membentuk garis corak yang bersilang-silang seperti dalam gambar.

Langkah 4: Selepas oven sudah panas, bakar biskut selama 8-10 minit pada suhu 180°C.

Langkah 5: Selepas masak, angkatkan dan biarkan sejuk dahulu sebelum masukkan ke dalam bekas.

Nikmati biskut peanut butter dengan secawan kopi kegemaran anda

Selamat mencuba!

 

tags: