Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Walaupun Memerlukan Duit Kerana Anak Sakit, Akak Ni Tetap Bagi Donut Extra…

Walaupun Memerlukan Duit Kerana Anak Sakit, Akak Ni Tetap Bagi Donut Extra…

Kategori: ,

Apabila negara kita menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas, ramai diantara kita yang terpaksa akur dengan kesan daripada perintah tersebut. Hampir majoriti penduduk Malaysia berhadapan dengan isu terjejasnya pendapatan harian atau bulanan mereka disebabkan tidak boleh bekerja.

Paling sayu ada yang kehilangan punca pendapatan sehingga terpaksa memulakan perniagaan secara kecil-kecilan untuk meneruskan hidup bagi keluarga masing-masing.

Menerusi perkongsian seorang pemuda di laman Twitter iaitu Encik Aznil, seorang wanita terpaksa menjual donat secara dalam talian kerana anaknya sedang sakit dan memerlukan wang.

Dengan rasa prihatin, sorang pemuda tambil membantu perusahaan kecil-kecilan sekaligus berharap ia dapat meringankan beban wanita berkenaan.

Lebih mengejutkan, pesanannya itu ditambah dengan beberapa lebihan donat yang diberikan secara percuma.

https://twitter.com/AznilAshikin/status/1246739201350983680?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1246739201350983680&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2020%2F04%2F07%2Flelaki-terharu-niat-nak-tolong-penjual-donat-dibalas-dengan-pemberian-percuma%2F

Akak Norhasdin ini merupakan ibu kepada anak yang menghidap syndrome. Anak dia dah berumur 1 tahun tapi tak membesar macam kanak-kanak lain.

Menurut temubual melalui whatsapp daripada team Daily Makan, akak ini tak sangka yang post tersebut jadi viral sehingga menerima banyak tempahan.

Alhamdulillah rezeki buat dia sekeluarga. Semoga terus dimurahkan rezeki.

Sumber : AznilAshikin

Sumber rujukan : siakap keli

tags: