Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Puding Pisang Kastard, Memang Sedap Kome Oii!

Resepi Puding Pisang Kastard, Memang Sedap Kome Oii!

Kategori: ,

Resepi Puding Pisang Kastard ini dikongsi oleh Mas Cotek di laman facebook miliknya. Puding Pisang Kastard ini sangat sesuai dimakan waktu petang dan malam. Pagi pun boleh. Kalau makan masa sejuk lagi sedap.

BAHAN PISANG BUTTER :

  • 5 biji pisang nangka
  • 3 sdb butter

CARA-CARANYA:

  1. Cairkan butter
  2. Masukkan pisang
  3. Balik-balikkan sehingga kuning keemasan
  4. Sejukkan

BAHAN LAIN:

  • Ceri merah
  • Ceri hijau
  • Kismis

BAHAN SOS KASTARD:

  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 3 sdb tepung kastard
  • 3 sdb gula pasir
  • 1/2 sdt garam
  • 1 sdt esen vanilla

CARA-CARANYA:

  1. Satukan ke semua bahan, sebatikan
  2. Masak sehingga mendidih
  3. Menggunakan api perlahan
  4. Sentiasa di kacau sehingga pekat
  5. Sejukkan
  6. Tuang ke atas pisang kemudian tabur kismis dan ceri
  7. Siap untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA !

Sumber : Mas Cotek

tags: