Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Promosi » Grab Melaksanakan e-Bazar Ramadan Kerjasama Dengan Kerajaan Selangor Dan Wilayah Persekutuan

Grab Melaksanakan e-Bazar Ramadan Kerjasama Dengan Kerajaan Selangor Dan Wilayah Persekutuan

Kategori:
e-Bazar Ramadan

Grab Malaysia telah bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor untuk melaksanakan satu inisiatif pembelian dalam talian (online) bagi menggantikan bazar Ramadhan yang dipanggil e-Bazar Ramadan.

Inisiatif ini membolehkan pelanggan memesan makanan tanpa meninggalkan rumah mereka sambil boleh membantu peniaga menjual dan menjana pendapatan pada bulan puasa.

Konsep bazar Ramadhan digital ini hanya membenarkan pembelian dalam talian melalui aplikasi Grab.

Grab juga bekerjasama dengan restoran sedia ada sekarang untuk melaksanakan ‘e-Bazar Ramadan’

Sebagai tambahan kepada Ramadhan e-Bazar, Grab telah bekerjasama dengan pelbagai pilihan restoran sedia ada untuk mengeluarkan menu kegemaran setiap kali Ramadan seperti Ayam Percik dan Murtabak. Pelanggan akan dapat memilih lebih daripada 900 restoran di Lembah Klang, Johor Bahru, Penang, Melaka, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu.

Peluang kepada para peniaga untuk menyertai inisiatif ini

Para peniaga yang berminat untuk menyertainya boleh mendaftar melalui pautan ini.

Kempen Ramadan akan bermula pada 24 April 2020 sehingga 23 Mei 2020.

Sumber: KLFoodie, Astro Awani.

tags: