Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuih Peneram, Pertama Kali Buat Pun ‘Pasti Menjadi’!

Resepi Kuih Peneram, Pertama Kali Buat Pun ‘Pasti Menjadi’!

Kategori: ,
Resepi Kuih Peneram

Resepi kuih peneram ini adalah perkongsian daripada Eda Sueda di Facebook. Menurutnya, dia sudah lama mengidam nak buat kuih peneram ni. Tak sangka, kali pertama buat mujur menjadi katanya. Sangat sedap bila dimakan ketika panas kerana teksturnya yang rangup!

Jom ikuti perkongsian resepi kuih peneram ini.

Resepi Kuih Peneram

Bahan-bahan:

  • 500g tepung beras (cap 3 gajah)
  • 340g gula merah
  • 240ml air

Cara-cara:

  1. Masak gula merah dengan air sampai mendidih. Kemudian tapis & tuang dalam tepung ketika air gula masih panas. Kacau sebati.
  2. Peram semalaman (peram 4@5jam pun boleh) dalam bekas bertutup (kat luar bukan dalam peti sejuk)
  3. Lapik plastik yang disapu sedikit minyak.
  4. Canai dan tekap menggunakan acuan kesukaan.
  5. Kemudian goreng di dalam minyak panas.
  6. Siap!

Selamat mencuba!

Kredit: Eda Sueda

Baca juga: Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle Viral

tags: