Jom buat sendiri apam balik untuk juadah berbuka puasa nanti. Ramadan kali ini sangat sesak jika hendak ke Bazar sehingga terpaksa beratur panjang.
Jadi lebih baik buat sendiri je di rumah dan boleh makan puas-puas. Tak perlu bersesak lagi ke Bazar Ramadan. Cara membuatnya juga sangat senang untuk diikuti. Selamat mencuba!
Cara Buat Sendiri Apam Balik Di Rumah
Bahan-bahan:
- Telur sebiji
- Gula 3/4 cawan
- Tepung gandum 2 cwn
- Air 1 1/2 cwn
- Soda bikarbonat 1 sudu kecil
- Baking powder 1 sudu kecil
- Pewarna kuning
Bahan tabur:
- Kacang tanah kasar
- Gula kasar
- Marjerin cair
- Jagung tin
Cara-cara:
- Pukul telur dan gula sehingga kembang.
- Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan air dan pukul lagi sehingga sebati.
- Rehatkan selama 30 minit.
- Untuk memasak apam, guna kuali non-stick, atau jika tiada, sapukan marjerin pada kuali supaya tidak melekat.
- Letakkan bancuhan tepung tadi ke dalam kuali. Dan bentukkan menjadi leper.
- Kemudian letakkan bahan tabur mengikut jumlah yang disukai.
- Masak menggunakan api kecil. Biarkan sehingga rangup. Kemudian lipatkan seperti dalam gambar.
- Selamat mencuba!
Kredit: Liza Rahman, Ierv Munirvh.