Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cheese Tart Kembong Magnum, Untuk Penggemar Cheese & Coklat

Cheese Tart Kembong Magnum, Untuk Penggemar Cheese & Coklat

Kategori: ,
Cheese Tart Kembong

Resepi Cheese Tart Kembong Magnum ini sesuai untuk anda yang sukakan cheese dan coklat! Memang sedap sangat.

Sesuai dibuat untuk dihidangkan kepada tetamu. Kalau buat untuk jualan, dijamin tak menang tangan menyiapkan tempahan. Kalau buat untuk makan sendiri pun boleh. Jom cuba! Pasti anak-anak suka.

Jika anda mahu cuba membuatnya, lihat sahaja resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!

Resepi Cheese Tart Kembong Magnum

Bahan Kulit Tart:

  • 250gm butter suhu bilik
  • 1/2 cawan gula ising
  • 500gm tepung gandum
  • 1bji kunng telur
  • Sedikit esen vanilla
  • 1sb air sejuk

Cara-cara Buat Kulit Tart:

  1. Gaul butter dn gula ising hingga sebati. Guna spatula pun boleh.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan air sejuk dari peti ais. Uli hingga menjadi doh.
  4. Terap atau bentuk doh dalam acuan shell tart berukuran 4.5cm. cucuk dasar doh dgn garfu
  5. Bakar pada suhu 120°c api atas bawah 20-25 minit atau hingga masak.

#Suhu bergantung pada oven masing-masng. Dapat dalam 100 kulit tart.

Bahan Inti:

  • 300g cream cheese
  • 60g -80g gula kastor di blend
  • 2 sb kuning telur
  • 1sb butter /majerin
  • 1 sk esen vanila
  • Nutella

Cara-cara Buat Inti:

  1. Pukul cream cheese sampai sebati masukkan esen vanila, kuning telur dan butter. Pukul sekejap.
  2. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul sehingga sebati semua dan siap.
  3. Masukkan filling nutella atau coklat chips dalam kulit tart.
  4. Kemudian piping cream cheese membukit ke dalam kulit tart yang sudah dibakar tadi.
  5. Bakar 170° selama 5 minit. Dah siap. Ketepikan.

Bahan lain: Topping magnum

  • Choc dark compound beryls
  • Cocoa butter 2 sb
  • Kacang cincang almond – bakar dulu sekejap

Cara-cara Buat Topping Magnum :

  1. Cairkan coklat beryls +cocoa butter menggunakan teknik double boil.
  2. Celup permukaan cheese tart tadi dalam coklat yang dah panas dan cair ni. Pastu terus tabur kacang di tepi2 dia, buat cepat masa coklat tu masih panas nanti dah beku dia tak lekat.
  3. Siap susun dan masukkan dalam chiller baru susun dalam bekas.

Selamat Mencuba!

Kredit: Azlina Ina

tags: