Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Puding Mangga Susu Confirm Menjadi & Sedap!

Resepi Puding Mangga Susu Confirm Menjadi & Sedap!

Kategori: ,

Ini dia resepi puding mangga yang sedap. Terbayang tak, rasa manis-manis mangga dan lemak-lemak susu. Sedapnya!

BAHAN-BAHAN PUDING MANGGA :

  • 1 paket serbuk agar² (10gm)
  • 4 cwn air
  • 1 cwn gula
  • 1 tin susu cair
  • 2 cwn isi mangga yg siap diblend

CARA PENYEDIAAN :

  1. Satukan serbuk agar², gula dan air
  2. Masak sehingga larut
  3. Satukan mangga yg diblend tadi dgn susu.. sebatikan
  4. Suang ke dalam periuk agar² dan kacau sebati
  5. Sidihkan dgn api perlahan
  6. Tutup api kemudian tapis
  7. Biarkan wap panasnya hilang
  8. Tuang ke dalam acuan/loyang
  9. Sejukkan/ketepikan

BAHAN PUDING SUSU :

  • 2 sdt serbuk agar²
  • 2 cwn susu UHT
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • 1/2 cwn mangga dipotong dadu

CARA PENYEDIAAN :

  1. Satukan ke semua bahan kecuali mangga
  2. Dengan api sederhana masak sehingga mendidih
  3. Biarkan wap panasnya hilang
  4. Masukkan mangga yg dipotong dadu
  5. Tuang ke atas lapisan puding mangga (cakar² sedikit permukaan puding mangga sebelum tuang puding susu)
  6. Sejukkan

BAHAN SOS KASTARD :

  • 1 tin susu cair
  • 1 cwn air
  • 3 sdb tepung kastard
  • 3 sdb gula pasir
  • 1/2 sdt garam
  • 1 sdt esen vanilla

CARA PENYEDIAAN :

  1. Satukan ke semua bahan, sebatikan
  2. Masak sehingga mendidih
  3. Menggunakan api perlahan
  4. Sentiasa di kacau sehingga pekat
  5. Sejukkan
  6. Tuang ke atas puding jika suka

SELAMAT MENCUBA !

Sumber : Mas Cotek

tags: