Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat ‘Mc Flurry’ Dengan Hanya 3 Bahan

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat ‘Mc Flurry’ Dengan Hanya 3 Bahan

Kategori: ,

Kebanyakkan premis menjual makanan sedang menghadkan penjualan dan hanya membenarkan perkhidmatan pandu lalu ataupun penghantaran akibat daripada akibat wabak Covid-19 ini.

Laman media sosial dapat kita lihat ramai diantara kita yang mula menunjukkan bakat terpendam menjadi ‘chef’ dengan rekaan resepi sendiri demi untuk memenuhi keinginan dan mengisi masa lapang.

Antaranya, seorang wanita bertukar menjadi ‘chef amatur’ selepas berkongsi resepi terkenal ‘Mc Flurry’.

Menurutnya, penyediaan tidak memerlukan bahan yang banyak tapi mengambil masa empat atau lima jam lamanya disebabkan proses pembekuan.

BAHAN-BAHAN :

  • 250ml krim.
  • Susu pekat 216ml.
  • Tiga ketul biskut oreo.

CARA PENYEDIAAN :

  1. Campurkan semua krim dan separuh susu pekat.
  2. Letakkan biskut oreo ke dalam beg dan hancurkan.
  3. Masukkan oreo yang dihancurkan ke campuran krim, dan gabungkan.
  4. Letakkan campuran ke dalam bekas plastik dan letakkan ke dalam peti sejuk selama 4-5 jam.
  5. Hidang dan tambahkan Oreo untuk hiasan.

 

 

 

Sumber: Mirror

Sumber rujukan : Siakap Keli

tags: