Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Kebaikkan Dan Khasiat Bayam Brazil Yang Wajib Anda Tahu

Kebaikkan Dan Khasiat Bayam Brazil Yang Wajib Anda Tahu

Kategori:

Sejak beberapa kebelakangan ini, sayuran hijau Bayam Brazil ini kerap menjadi sebutan. Ia sedap di makan mentah begitu sahaja atau dijadikan hidangan masakan. Banyak khasiat yang dimiliki oleh Bayam Brazil ini.

Bayam Brazil atau nama lainnya Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu Lettuce. Ianya juga dirujuk secara saintifik sebagai Althernathera sissoo adalah tanaman sayuran yang mudah hidup dengan hanya ditanam secara keratan batang yang berasal daripada brazil.

Daunnya tidak berlendir dan sedikit ranggup sesuai dijadikan sebagai bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran di dalam masakan barat. lain pula bagi masyarakat Brazil dimana ianya dimakan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan minyak masak.

Antara kebaikkan dan khasiat Bayam Brazil ini adalah :

  • Melawan kanser
  • Mengekalkan kesihatan mata
  • Salah satu sumber vitamin K
  • Menguatkan tulang
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Meningkatkan sistem imuniti badan
  • Membantu sistem penghadaman
  • Mengelakkan daripada sembelit
  • Membantu melancarkan darah
  • Mencegah anemia
  • Mengatasi masalah gusi
  • Nutrisi yang baik untuk pembesaran
  • Mengekalkan stamina
  • Mengekalkan kesihatan mulut
  • Mengikat kalsium
  • Mencegah penuaan pramatang
  • Mengekalkan kesihatan ibu mengandung

Hakikatnya bayam brazil adalah tanaman yang amat baik dan sangat bagus untuk tubuh badan kita.

Berikut adalah menu-menu yang anda boleh anda jadikan resepi hidangan tenghari dan malam yang enak :

  1. Sup bayam brazil/bayam brazil dengan suhun/sup sayur campur bayam brazil
  2. Gulai lemak bayam brazil /gulai lemak bayam brazil dengan udang/gulai lemak bayam brazil dan labu
  3. Tumis bayam brazil
  4. Bayam brazil goreng belacan
  5. Bayam brazil goreng tepung

Sumber: Komuniti Mutiara – 1rumah1kebun

 

tags: