Kementerian Wilayah Persekutuan mula mengedarkan 1, 850 bungkusan makanan diberi secara percuma kepada penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India.
Hal itu dimaklumkan oleh menterinya, Tan Sri Annuar Musa di laman Twitternya. Beliau telah memuat naik beberapa keping gambar memaparkan para petugas sedang menyusun bungkusan tersebut.
Bekalan makanan Utk Sngor Mansion dan Malayan Mansion mula di edar..1850 pack tiap kali pic.twitter.com/Y0uxd4Tzjl
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) April 10, 2020
Namun, posting itu mendapat komen netizen yang bengang dengan tindakan segelintir penduduk warga asing yang didakwa membaling plastik sampah dan najis dari tingkat atas bangunan sebagai tanda protes.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan dua lokasi tersebut dikenakan Kawalan Pergerakan Diketatkan (PKPD) selepas dikesan mempunyai 15 kes positif Covid-19.
Sumber: ohmymedia