Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pakcik Ini Jual Sayur Bawah Matahari Panas Terik, Kesian Tiada Siapa Singgah Beli

Pakcik Ini Jual Sayur Bawah Matahari Panas Terik, Kesian Tiada Siapa Singgah Beli

Kategori: ,
Jual Sayur

Walaupun ada sesetengah orang yang bercuti pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, namun ada sesetengah individu yang masih bekerja untuk mencari rezeki demi menyara keluarga walaupun agak sukar dalam tempoh PKP ini. Mereka gigih tak kira hujan atau panas.

Seorang warga emas kelihatan sedang menjual pelbagai jenis sayur di bahu jalan berhampiran kawasan Kampung Lahar Yooi, Tasek Gelugor.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nur Aina yang meminta pertolongan orang ramai yang berada berdekatan dengan lokasi itu agar meringankan beban pakcik berkenaan di postingnya.

Keadaan pakcik itu yang menjual di tengah panas terik matahari itu menimbulkan rasa simpati kerana tiada pelanggan yang singgah membeli.

Sedekah pun jadi kalau tak mahu beli

Menurut Nur Aina, katanya pakcik ini tinggal di Penanti dan selalu berniaga pasar malam. Tetapi disebabkan oleh PKP ini, dia tidak boleh berniaga lagi.

“Terima kasih pada yang menolong Pakcik nie…” – Nur Aina

Rata-rata warganet turut mendoakan agar pakcik tersebut sentiasa dimurahkan rezeki serta dilindungi oleh Allah SWT.

 

Sumber: Ohmymedia, Nur Aina (Facebook)

 

 

tags: