Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Mudah Buat Belebak Keledek Oren Dan Ungu

Cara Mudah Buat Belebak Keledek Oren Dan Ungu

Kategori: ,

Perintah Kawalan Pergerakkan disambung lagi sehingga 28 April 2020. Sampai tak tahu dah nak buat dan masak apa untuk minum petang. Jom buat belebak keledek yang mudah ini.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 buku keledek oren
  • 1 buku keledek ungu |anggaran 200gm sebuku
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula
  • 4 cawan santan
  • 1/2 sdt garam
  • Daun pisang secukupnya utk membungkus | ukuran daun opah guna 4×6″

CARA PENYEDIAAN :

  1. Keledek dipotong dadu kemudian di kukus sehingga empuk
  2. Satukan tepung beras, santan, gula dan garam.. kacau sebati
  3. Dengan api perlahan, masak adunan sehingga pekat dan berkilat
  4. Tutup api masukkan keledek
  5. Angkat, ketepikan
  6. Sediakan daun pisang,sudukan 2sdb adunan belebat, bungkus dan kemaskan. *Cara bungkus seperti pulut inti
  7. Kukus selama 10 min api perlahan
  8. Angkat dan sejukkan
  9. Sedia dihidangkan

 

Sumber : Facebook Mas Cotek

tags: