Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Apam Pisang Gebu, Lembut Dan Sedap

Resepi Apam Pisang Gebu, Lembut Dan Sedap

Kategori: ,

Pisang emas banyak dekat rumah, dekat kedai pun banyak. Apa kata ambil buah pisang tu, lenyek-lenyek dan ikut resepi apam pisang gebu ni. Confirm habis sekelip mata.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

BAHAN A

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 2 sdt soda bikarbonat

**Ayak semua bahan

BAHAN B

  • 1 1/2 cawan pisang emas yg dilenyek
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 biji telur
  • 1 sdt esen pisang (opah tak letak pun)
  • 1 sdt perahan limau nipis

**Kisar semua bahan kecuali pisang sehingga sebati (nak blend sekali pun boleh)

**minyak jagung boleh gantikan dengan minyak masak tetapi minyak jagung lebih menggebukan.

CARA PENYEDIAAN :

  1. Satukan Bahan A dan Bahan B
  2. Gaul hingga sebati
  3. Masukkan 3/4 adunan ke dalam acuan yang telah
  4. Disapu sedikit minyak
  5. Kukus selama 20min
  6. Siap dihidangkan

** menghasilkan 40 biji apam pisang

SELAMAT MENCUBA !

Sumber : Facebook Mas Cotek

tags: