Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek Sarang Semut, Ini Tips Supaya Dapat Sarang Yang Cantik

Kek Sarang Semut, Ini Tips Supaya Dapat Sarang Yang Cantik

Kategori: ,
Sarang Semut

Nampak macam susah untuk membuat kek sarang semut ni. Tapi sebenarnya tak susah sangat. Hanya perlu ikut langkah-langkahnya yang betul. Kalau tidak kena gaya, memang tak nampak sarang keknya tu.

Jom ikuti perkongsian daripada Wana Jamadi ini. Menurutnya, adunan harus diperap dahulu selama satu jam sebelum dibakar.

 

RESEPI KEK SARANG SEMUT

Bahan-bahan:

  • 1½ cawan gula pasir
  • 2 cawan air panas
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu makan marjerin
  • 5 biji telur ayam gred B
  • 3/4 cawan susu pekat (½ cawan untuk kurang manis)
  • 3 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:

  1. Panaskan gula (api sederhana) sehingga perang. Bila nampak keperangan, tuangkan air panas td sikit demi sikit. Sampai habis. Perlahankan api sampai gula hangus dan air sebati. Kemudian masukkan marjerin. Kacau. Biarkan sejuk.
  2. Masukkan 5 biji telur ke dlm blander. Masukan sekali susu pekat juga. Kisar hingga sebati. Kemudian masukan air gula hangus yang disejuk tadi.
  3. Tepung + soda bikarbonat. STEP (3 + 2 + 1) = Kacau sebati.
  4. Loyang sapukan planta sedikit.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang. Perap dulu dalam 1/2 jam atau sejam. Kemudian baru bakar.
  6. Bakar dalam oven guna suhu 150c, guna api bawah dulu. Dalam 10 minit selepas itu, tukarkan api atas bawah.

#Sedikit perkongsian, tips untuk mendapatkan sarang yang elok, jangan gunakan mixer, cukup dengan kacau menggunakan whisk sahaja.

Selamat mencuba!

 

tags: